Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
54) MASALAH HAKISAN PANTAI DAN TIMBUNAN PASIR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan kawasan muara sungai yang sering diancam masalah tersebut di Daerah Sabak Bernam
Terdapat beberapa kawasan muara Sungai di dalam Daerah Sabak Bernam didapati mengalami masalah hakisan. Antara kawasan-kawasan tersebut adalah:
- Muara Sungai Burong
- Muara Sungai Haji Dorani
- Muara Sungai Banting
- Muara Bagan Nakhoda Omar
- Muara Beting Kepah
- Muara Pasir Panjang
- Muara Parit 6 Sekinchan
- Muara Bagan Sekinchan
-
Apakah langkah proaktif yang dilakukan oleh JPS untuk mengurangkan masalah tersebut ?
Langkah proaktif yang dilakukan oleh JPS untuk mengurangkan masalah tersebut adalah dengan melaksanakan kerja-kerja kawalan hakisan pantai di kawasan muara sungai di dalam daerah Sabak Bernam termasuk Daerah Kuala Selangor. Skop kerja bagi kawalan hakisan pantai yang terlibat adalah pembinaan struktur pemecah ombak, pengukuhan benteng pantai dan sebagainya. Bagi tujuan tersebut, proses pelantikan perunding telah dilaksanakan untuk kerja-kerja rekabentuk struktur kawalan hakisan. Kos keseluruhan dalam RMK-11 bagi projek kawalan hakisan tersebut adalah sebanyak RM10 juta merangkumi 2 daerah yang
-
Sila nyatakan bilakah benteng penghalang pasir di muara Sungai Sekinchan akan dipanjangkan ?
Dijangkakan kerja-kerja membina benteng penghalang pasir akan dilaksanakan pada awal tahun