Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

180) MASALAH HAKISAN PANTAI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan kawasan-kawasan yang sering dilanda masalah hakisan pantai di Daerah sabak Bernam dan Kuala Selangor.

    Secara keseluruhannya kawasan yang menerima masalah hakisan pantai adalah benteng-benteng di sepanjang pantai yang sering terdedah dengan hakisan ombak.

    Di antara kawasan yang sering dilanda masalah hakisan pantai di Daerah Sabak Bernam:

    1. Dari Sungai Burong hingga Sekendi

    Di antara kawasan yang sering dilanda masalah hakisan pantai di Daerah Kuala Selangor:

    • Pantai Remis
    • Jeram
    • Bagan Pasir
    • Kajang
  2. Sila nyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan Negeri dan Persekutuan sejak 3 tahun yang lalu bagi menangani masalah hakisan tersebut ?

    Jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan sejak 3 tahun yang lalu:

    Daerah Sabak Bernam Daerah Kuala Selangor
    Tahun/Projek Jumlah

    Peruntukan

    Tahun/Projek Jumlah

    Peruntukan

    2011: Menaiktaraf benteng pantai Kawasan Saliran Blok 2 Daerah

    Sabak Bernam

    RM 0.15 Juta 2011: Memperkukuh

    benteng pantai Taliair

    6 Kampung Sg Labu

    Sekinchan

    RM 0.15 Juta
    2011-2013 : Menaiktaraf

    Benteng Pantai

    Kawasan ‘Coastal Belt’

    Daerah Sabak Bernam

    RM 0.96 Juta 2012-2013: Kawalan

    Hakisan &

    Memperkukuh

    benteng pantai di kawasan pertanian Tanjong Karang ke

    Sekinchan

    RM 0.75 Juta
    2012 : Membaikpulih Struktur

    Hakisan  Pantai Di Tanjung

    Sauh

    RM 1.9 Juta    
    JUMLAH RM 3.01 Juta JUMLAH RM 0.9 Juta
  3. Sila nyatakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah hakisan tersebut ?

    Perancangan jangka masa pendek

    1. Melaksanakan kerja-kerja kecil bernilai kurang daripada RM 50,000 setiap satu dan kerja-kerja sebutharga mangikut keperluan semasa.
    2. Menjalankan program dengan penglibatan oleh NGO dan penduduk kampung bagi penanaman pokok bakau bagi mengatasi masalah hakisan.
    3. Pemantauan terhadap benteng pantai yang kritikal dan jika berlaku kerosakan yang kritikal, kerja-kerja pembaikan segera akan dijalankan.

    Perancangan jangka masa panjang

    1. Perancangan bagi penyelesaian masalah hakisan secara menyeluruh dengan melihat kepada beberapa alternatif seperti:
      • Pembinaan struktur pemecah ombak
      • Membaikpulih benteng dengan menggunakan sauh

    Walaubagaimanapun, kawasan di sekitar Sabak Bernam adalah kawasan yang berada di bawah kategori 3 iaitu low priority

     

Lampiran

Tiada Lampiran.