Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
9) MASALAH HAKISAN LONGKANG PARIT 6 SEKINCHAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan hakisan tanah tebing longkang Parit 6 terus berlaku?
Parit 6 merupakan laluan pembuangan air sawah ke laut semasa musim menuai Selain daripada itu, air larian permukaan daripada kawasan perumahan Sekinchan 2 juga dialirkan masuk ke parit 6. Sekiranya air sawah dikeluarkan semasa berlakunya air laut pasang, aras air di bahagian hulu parit 6 akan naik dan melimpah. Sekiranya pertembungan pembuangan air sawah dan kejadian air pasang berlaku, keadaan saiz parit 6 sediada tidak mampu menampung kapasiti air dan keadaan jenis tanah parit 6 tersebut yang merupakan “marine clay” menyebabkan kejadian hakisan terus berlaku.
-
Sila nyatakan berapakah jumlah anggaran kos yang diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut?
Anggaran kos yang diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut adalah sebanyak 7 juta.
-
Sila nyatakan apakah kaedah perancangan jangka panjang untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Kaedah perancangan jangka panjang adalah dengan menaiktaraf parit tanah tersebut kepada jenis gabion wall serta pengukuhan struktur asas tanah dengan kaedah Untuk makluman, rekabentuk telah pun disiapkan dibawah peruntukan Caruman Parit.