Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

211) MASALAH HAIWAN LIAR DI IJOK

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah di ambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kerosakan harta dan kesihatan masyarakat disebabkan oleh monyet dan anjing liar di Ijok?

    Pihak Majlis (Unit Kawalan Vektor dan Haiwan Terbiar/ Liar) telah melantik setiap Ahli Majlis dan Pengerusi Taman untuk memantau perangkap yang telah diedarkan mengikut zon dengan kerjasama pihak Jabatan Perhilitan mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

    Bagi menangani isu anjing liar pihak Majlis (Unit Kawalan Vektor dan Haiwan Terbiar/ Liar) telah membuat perangkap inovasi bagi aduan anjing yang mempunyai keluasan kawasan yang besar. Bagi kawasan-kawasan lorong perumahan tangkapan dibuat bersama kontraktor yang telah dilantik bagi tahun 2021- 2022 (2 tahun) dengan menggunakan kaedah garis panduan yang disediakan oleh KPKT, kaedah jaring, gelung dan perangkap.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.