Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
230) MASALAH HAIWAN DAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan kawasan mengikut PBT yang bebas daripada haiwan dan serangga pembawa penyakit?
Tiada PBT di negeri Selangor malah PBT-PBT lain di seluruh negara yang bebas daripada haiwan dan serangga pembawa penyakit, misalnya nyamuk aedes vektor demam denggi. Walau bagaimanapun, negeri ini telah diisytiharkan bebas daripada penyakit zoonotik haiwan domestik iaitu Anjing Gila (Rabies), Selesema Burung (Avian Influenza), Nipah Babi dan “Mad Cow Disease” (Bovine Spongiform Encephalopathy).
-
Apa tindakan kerajaan dalam menangani permasalahan tersebut?
Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah melaksanakan Survelan dan Kawalan Penyakit Haiwan Kebangsaan, Program Pemvaksinan dan Program Bebas Penyakit. Kerajaan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan PBT telah melaksanakan gotong-royong berkala, pemeriksaan rumah untuk pembiakan nyamuk, pembersihan “10-minit sekali seminggu”, penubuhan Pasukan ‘Communication for Behavioral Impact (COMBI) dan Skuad Anti-denggi di tempat kerja / belajar / kawasan
-
Berapa kos/ perbelanjaan yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh 2008 2013?
Mengikut rekod, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah membelanjakan RM1,287,272.73 bagi RMKe9 (2006 – 2010) dan RM1,050,450.45 sehingga kini (2011 – Mac 2014) bagi menangani perkara