Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

80) MASALAH DENGGI DI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik terkini kes Denggi di Negeri Selangor mengikut daerah.

    Daerah Kes Denggi Tahun 2020
    ( sehingga 27 Jun )
    Petaling 10,651
    Klang 57,21
    Hulu Langat 5,369
    Gombak 4,369
    Sepang 1,681
    Hulu Selangor 1,073
    Kuala Selangor 600
    Kuala Langat 580
    Sabak Bernam 87
    Selangor 30,131
  2. Apakah usaha terkini Kerajaan Negeri dalam menangani masalah Denggi yang semakin meningkat di Selangor?

    Usaha terkini Kerajaan Negeri dalam menangani masalah Denggi yang semakin meningkat di Selangor adalah melalui kempen penggunaan repellen dan semburan aerosol di rumah dalam kalangan pesakit demam denggi dan komuniti. Aktiviti ini digiatkan dengan kerjasama di antara Pejabat Kesihatan Daerah dan fasiliti kesihatan (klinik kesihatan) untuk pemberian repellen dan kerjasama bersama Pihak Berkuasa Tempatan untuk meningkatkan aktiviti semburan aerosol di dalam rumah.

  3. Adakah sebarang kajian dibuat untuk membanteras seterusnya dapat mengawal masalah Denggi di Selangor?

    Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah  membuat kajian semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (bermula pada 18.03.20).

    Hypothesis kajian adalah melihat kaitan bilangan kes yang tinggi berbanding mobilisasi / pergerakan rakyat terutama di Lembah Klang.

    Hasil kajian ini menunjukkan:

    1. Kajian Entomologi (kaji serangga) menunjukkan kepadatan nyamuk masih tinggi samada sebelum dan semasa tempoh PKP
    2. Kajian Penilaian Risiko Persekitaran di lokaliti-lokaliti wabak berulang menunjukkan tempat pembiakan nyamuk, isu sampah (tabur dan haram) juga masih tinggi samada sebelum dan semasa tempoh PKP
    3. Analisa di lokaliti wabak menunjukkan bilangan kes denggi di lokaliti tersebut menurun bermula 2 minggu sebelum PKP (ME10/2020) (bermula 1 Mac 2020) dan tren berkenaan terus dilihat menurun semasa tempoh PKP sehinggalah peningkatan semula pada ME 15/2020 (bermula 5 April 2020)
    4. Amalan kebersihan pemusnahan tempat pembiakan aedes di premis masing-masing (dalam dan luar rumah) adalah tinggi berdasarkan kajian responden sebanyak 2,088 penduduk di Negeri Selangor secara umum

     

    Maka secara kesimpulan, kajian ini menunjukkan antara punca jangkitan tinggi di negeri Selangor adalah jangkitan gigitan luar premis (outdoor biting) dan isu mobilisasi / pergerakan penduduk.

Lampiran

Tiada Lampiran.