Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

327) MASALAH DENGGI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kes denggi di Negeri Selangor bagi tahun 2013-2014?

    Berikut adalah data bagi jumlah kes denggi di Negeri Selangor bagi tahun 2013 – 2014.

    Jumlah kes Denggi 2013: 23, 852 kes

    Jumlah Kes denggi 2014 sehingga 15 Mac 2014: 12, 073 kes

  2. Nyatakan kawasan utama yang terlibat dalam dan pecahan jumlah kes denggi ini?

    Berikut adalah data bagi jumlah kes denggi berdasarkan pecahan daerah Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:

    DAERAH JUMLAH KES

    (2013)

    JUMLAH          KES

    (sehingga 15 Mac

    2014)

    PETALING 9,600 5110
    HULU LANGAT 6,371 3261
    GOMBAK 3,326 1339
    KLANG 2,645 1800
    SEPANG 663 80
    HULU SELANGOR 480 114
    KUALA SELANGOR 304 104
    KUALA LANGAT 288 197
    SABAK BERNAM 175 68
    TOTAL 23,852 12, 073
  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?

    Antara langkah- langkah yang telah diambil:

    1. Penekanan kepada masyarakat serta agensi/ badan yang berkaitan tentang pencegahan jangkitan denggi melalui konsep ‘Kebersihan Setiap Hari, Setiap Masa & Di Mana Jua (“Everyday Cleanliness, Everytime, Everywhere”) .
    2. Penubuhan skuad denggi dan pasukan COMBI (‘Communication For

    Behavioral Impact’) dikalangan persatuan penduduk, agensi kerajaan, agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mempertingkatkan penglibatan masyarakat tempatan dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi seperti ‘gotong-royong’, pemeriksaan rumah untuk tempat pembiakan nyamuk Aedes dan pembuangan sampah secara teratur.

    • Melaksanakan Mesyuarat Mingguan Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah, yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Ia diadakan di semua daerah yang mengalami wabak denggi dengan tujuan utama mesyuarat adalah untuk meningkatkan koordinasi/peranan pelbagai agensi kerajaan/ bukan kerajaan/ NGO dan persatuan penduduk untuk mengatasi fakto risiko pembiakan nyamuk

    Aedes di lokaliti wabak denggi. Disamping itu, di peringkat Kerajaan Negeri Mesyuarat Wabak Denggi Mingguan (Dipengerusikan oleh Dato’ Teng) dilaksana bagi merencana serta memantau aktiviti kawalan denggi serta pencegahan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

    1. Menjalankan langkah-langkah kawalan denggi, seperti semburan kabus dan larvisiding apabila kes denggi dilaporkan oleh klinik/ hospital kerajaan & swasta.
    2. Melaksana Program Khas Denggi di kawasan tumpuan awam, premis termasuk sekolah/ IPTA/IPTS untuk memberi kesedaran serta memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes di semua premis yang terlibat.
    3. Penguatkuasaan undang-undang, dengan kompaun minima RM 500, terhadap semua premis yang dikesan positif untuk pembiakan nyamuk Aedes. Ini juga termasuk penutupan tapak binaan yang didapati positif untuk pembiakan nyamuk Aedes.

Lampiran

Tiada Lampiran.