Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
131) MASALAH DENGGI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pecahan kes denggi setiap DUN dari tahun 2023 sehingga kini?
Bagi pengurusan data kes demam denggi dilaporkan, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menggunakan sistem pengkalan data e-Dengue sesuai seperti arahan dari Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana sistem ini digunapakai oleh semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di bawah KKM. Data kes yang didaftarkan adalah berdasarkan lokaliti di bawah seliaan PKD (tiada data bilangan kes mengikut pecahan DUN). Jumlah terkini kes demam denggi yang telah dikenal pasti di seluruh Selangor mengikut pecahan PKD adalah:
-
Berapakah kes kematian disebabkan oleh denggi dari tahun 2023 sehingga kini?
Bagi pengurusan data kes demam denggi dilaporkan, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menggunakan sistem pengkalan data e-Dengue sesuai seperti arahan dari Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana sistem ini digunapakai oleh semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di bawah KKM. Data kes yang didaftarkan adalah berdasarkan lokaliti di bawah seliaan PKD (tiada data bilangan kes mengikut pecahan DUN). Jumlah terkini kes demam denggi yang telah dikenal pasti di seluruh Selangor mengikut pecahan PKD adalah:
-
Langkah-langkah diambil untuk mengurangkan kes denggi di Selangor?
Di Selangor, tindakan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi dijalankan oleh kedua-dua agensi iaitu oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sebarang perancangan aktiviti pencegahan dan kawalan akan dirancang mengikut kawasan dibawah seliaan PKD dan PBT.
Untuk pengetahuan juga, sebagai salah satu usaha memerangi nyamuk Aedes, KKM telah melancarkan Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 (tahun 2024) dan Sambutan Hari Denggi Asean sepanjang bulan Jun 2024. Daerah Hulu Selangor telah dilantik menjadi tuan rumah untuk sambutan peringkat Negeri Selangor, manakala daerah lain menjalankan program di peringkat daerah masing-masing bagi meningkatkan kesedaran dan membanteras penyakit demam denggi. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri dan PBT dalam menyelesaikan masalah penularan wabak denggi. Antara usaha yang sedang dan akan dilaksanakan oleh PKD adalah termasuk:
- Membincangkan isu denggi di peringkat daerah secara terperinci untuk tindakan yang diambil oleh pihak terlibat melalui Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dihadiri oleh kesemua agensi terlibat seperti PKD, PBT, Ahli Majlis, dan sebagainya;
- Membincangkan isu serta punca pembiakan nyamuk Aedes di lokasi terlibat bersama penduduk/ ahli majlis/ ADUN agar dapat diambil tindakan bersama dengan segera;
- Menggiatkan penggunaan repellen dan semburan aerosol dalam kalangan komuniti;
- Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya penyakit demam denggi dan segera mendapatkan rawatan awal sekiranya mengalami tanda-tanda bahaya demam denggi terutamanya mereka yang tinggal di kawasan lokaliti wabak denggi. Kesedaran ini dihebahkan melalui promosi kesihatan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dengan membuka kiosk kesihatan di tempat-tempat berisiko, edaran risalah kesihatan, edaran abate, hebahan suara, penggantungan kain rentang di kawasan lokaliti wabak dan juga melalui media social;
- Memperkasakan peranan penduduk/ agensi terlibat melalui penubuhan pasukan COMBI bagi melaksana aktiviti pencegahan denggi (penghapusan tempat pembiakan denggi serta pendidikan kesihatan denggi) di lokaliti berkenaan;
- Menjalankan aktiviti Gotong Royong bersama semua agensi yang terlibat di semua daerah;
- Menjalankan progam Operasi Bebas Denggi Selangor (OBDS) pada bulan Mac 2023 yang melibatkan agensi-agensi luar seperti PBT, PDT dan persatuan penduduk;
- Menjalankan Program Selangor Bebas Aedes tempat Kerja dan Kuarters;
- Mengukuhkan Program Bebas Denggi Sekolah;
- Aktiviti penguatkuasaan melalui Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 boleh diambil ke atas penduduk / pemunya premis yang dijumpai berpotensi pembiakan aedes dengan pengeluaran Notis di bawah Seksyen 8, tindakan tawaran kompaun atau melalui arahan penutupan premis. Jika terdapat kegagalan mematuhi notis seksyen 8 atau tidak membayar kompaun, tindakan mahkamah akan diambil.
Selain itu, beberapa program dan operasi membanteras nyamuk aedes telah dilaksanakan secara berintergrasi antara agensi di Negeri Selangor seperti berikut:
- PKD Petaling
- MBSJ: Skuad Denggi dianggotai oleh MPP (Ahli Majlis) Majlis
- MBPJ: Search and Destroy Aedes Rangers (Sedar)
- PKD Gombak
- MPS:
- Program GoRo MEGA 1.0 / 2.0
- Gotong royong bersama Ahli Majlis
2. MPAJ :
- PCO untuk kawalan di lokaliti di bawah PKD Gombak
- SND Ranger
- LOBBA (Lorong Belakang Bebas Aedes)
- Gotong royong bersama Ahli Majlis
- OPS Zero Larva
- PKD Klang
- MPK: Skuad denggi MPK
- Lain-lain aktiviti MPK:
- Mopping up
- Gotong royong bersama Ahli Majlis
- Pemberian aerosol& abate di lokaliti hotspot Klang utara
- Promosi kesihatan di sekolah sekolah
- Zero pembiakan Aedes kilang (dalam perancangan PBT)
- PKD Hulu Langat
- MPKj: LOBBA (Lorong Belakang Bebas Aedes)
- MPKJ: Sukarelawan Killing Aedes From Inside (SKAF) – menjalankan Mistaway, mirakn, bimobet, search and destroy
- MPAJ:
- OZEL (Operasi Zero Larva)
- OBBA (Lorong Belakang Bebas Aedes)
- OPPI (Operasi Pemeriksaan Premis Individu)
- PKD Sabak Bernam
- MDSB:
- Program bersama Gotong Royong Wabak, Gotong Royong Mega 1.0 & 2.0
- Bantuan pembekalan racun Malathion
- PKD Hulu Selangor
- MPHS:
- Operasi Backlane Jalan Meranti,Batang Kali
- Operasi Bersepadu Denggi Selangor.
- Goro Mega 1.0&2.0
- PKD Sepang
- MPS:
- DAC = Dengue Action Committee
- DAKs = Dengue Action Kids
- LOBIs = Lorong Belakang Indah Bersih Sejahtera
- KISMAT = Kitar minyak masak terpakai (formulasi utk fogging)
- PKD Kuala Langat
- LOBBA (Lorong Belakang Bebas Aedes)
- PKD Kuala Selangor
- GORO di lokaliti wabak
- Program Selangor Saring dan gotong royong kutip sampah di bersama Adun, COMBI, SUKA, PKDKS, MPKS