Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

115) MASALAH DENGGI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan operasi dan program yang telah dilaksanakan untuk membenteras nyamuk Aedes mengikut pecahan DUN?

    Di Selangor, tindakan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi dijalankan oleh kedua-dua agensi iaitu oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).  Sebarang perancangan aktiviti pencegahan dan kawalan akan dirancang mengikut kawasan di bawah seliaan PKD dan PBT, dan tidak mengikut DUN.  Beberapa program dan operasi membanteras nyamuk aedes telah dilaksanakan di peringkat PKD dengan kerjasama PBT di Negeri Selangor. Antara program/operasi yang dijalankan adalah :

     

    • PKD Petaling
    1. MBSJ : Skuad Denggi dianggotai oleh MPP (Ahli Majlis)
    2. MBPJ : Search and Destroy Aedes Rangers (Sedar)

     

    • PKD Gombak
      1. MPS :
        1. Program GoRo MEGA 1.0 / 2.0
        2. Gotong royong bersama Ahli Majlis

     

    1. MPAJ :
      1. PCO untuk kawalan di lokaliti di bawah PKD Gombak
      2. SND Ranger
      3. LOBBA (Lorong Belakang Bebas Aedes)
      4. Gotong royong bersama Ahli Majlis
      5. OPS Zero Larva

     

     

    • PKD Klang
      1. MPK : Skuad denggi MPK
      2. Lain-lain aktiviti MPK:
        1. Mopping up
        2. Gotong royong bersama Ahli Majlis
        3. Pemberian aerosol& abate di lokaliti hotspot Klang utara
        4. Promosi kesihatan di sekolah sekolah
        5. Zero pembiakan Aedes kilang (dalam perancangan PBT)

     

    • PKD Hulu Langat
      1. MPKj : LOBBA (Lorong Belakang Bebas Aedes)
      2. MPKJ : Sukarelawan Killing Aedes From Inside (SKAF) – menjalankan Mistaway, mirakn, bimobet, search and destroy
      3. MPAJ :
        1. OZEL (Operasi Zero Larva)
        2. LOBBA ( Lorong Belakang Bebas Aedes)
        3. OPPI ( Operasi Pemeriksaan Premis Individu)

     

    • PKD Sabak Bernam
      1. MDSB :
        1. Program bersama Gotong Royong Wabak, Gotong Royong Mega 1.0 & 2.0
        2. Bantuan pembekalan racun Malathion

     

    • PKD Hulu Selangor
      1. MPHS:
        1. Operasi Backlane Jalan Meranti,Batang Kali
        2. Operasi Bersepadu Denggi Selangor.
        3. Goro Mega 1.0&2.0

     

    • PKD Sepang
      1. MPS :
        1. DAC = Dengue Action Committee
        2. DAKs = Dengue Action Kids
        3. LOBIs = Lorong Belakang Indah Bersih Sejahtera
        4. KISMAT = Kitar minyak masak terpakai (formulasi utk fogging)

     

    • PKD Kuala Langat
      1. LOBBA ( Lorong Belakang Bebas Aedes)

     

    • PKD Kuala Selangor
      1. GORO di lokaliti wabak
      2. Program Selangor Saring dan gotong royong kutip sampah bersama Adun, COMBI, SUKA, PKDKS, MPKS
  2. Berapakah jumlah terkini kes demam denggi yang telah dikenal pasti diseluruh Selangor mengikut pecahan DUN?

    Bagi pengurusan data kes demam denggi dilaporkan, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menggunakan sistem pengkalan data e-Dengue sesuai seperti arahan dari Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana sistem ini digunapakai oleh semua PKD dan JKN di bawah KKM.  Data kes yang didaftarkan adalah berdasarkan lokaliti di bawah seliaan PKD (tiada data bilangan kes mengikut pecahan DUN).  Jumlah terkini kes demam denggi yang telah dikenal pasti diseluruh selangor mengikut pecahan PKD adalah :

     

    Bil Daerah

    Kumulatif Kes (Sehingga 3 Feb 024)

    1 Gombak

    1,220

    2 Hulu Langat

    2,874

    3 Hulu Selangor

    203

    4 Klang

    1,313

    5 Kuala Langat

    261

    Bil Daerah

    Kumulatif Kes (Sehingga 3 Feb 024)

    6 Kuala Selangor

    166

    7 Petaling

    3,257

    8 Sabak Bernam

    16

    9 Sepang

    441

  3. Nyatakan pecahan kes demam denggi terkini yang melibatkan kemasukan hospital dan kematian.

    Berikut adalah pecahan kes demam denggi terkini yang dilaporkan melibatkan kemasukan hospital dan kematian

     

    Bil Daerah

    Bilangan Kemasukan ke Hospital*

    Bilangan Kematian*

    1 Gombak

    787

    0

    2 Hulu Langat

    2611

    0

    3 Hulu Selangor

    42

    0

    4 Klang

    442

    1

    5 Kuala Langat

    81

    0

    6 Kuala Selangor

    99

    0

    7 Petaling

    967

    0

    8 Sabak Bernam

    5

    0

    9 Sepang

    104

    0

     

    *Sehingga 3 Feb 2024

Lampiran

Tiada Lampiran.