Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
91) MASALAH BELIA MENGANGGUR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakah Kerajaan dalam menangani masalah ini dari segi mengawal kebanjiran warga asing yang terlalu ramai dan tindakan dalam mewujudkan peluang pekerjaan atau perniagaan buat belia tempatan? Perlukah Kerajaan menghadkan kuota tertentu untuk pekerja warga asing kepada sesebuah syarikat?
Prasyarat penggajian pekerja asing adalah mewajibkan majikan untuk menawarkan kekosongan jawatan tersebut kepada pekerja tempatan terlebih dahulu. Tawaran kekosongan jawatan ini hendaklah dibuat ke Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor melalui pendaftaran dalam portal JobsMalaysia.
Unit Jobs Malaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja Selangor menyediakan platform kepada pencari kerja tempatan mendapatkan pekerjaan berdasarkan permintaan daripada majikan yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja. Jobs Malaysia mengadakan pelbagai aktiviti seperti karnival pekerjaan, temuduga terbuka dan pendaftaran pekerjaan bagi membantu majikan dan pencari kerja mendapatkan pekerjaan.
Usaha akan dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor untuk menempatkan pekerja tempatan pada kekosongan jawatan yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada penempatan pekerja tempatan berjaya diisi untuk kekosongan tersebut, maka majikan tersebut akan disyorkan untuk mengambil pekerja asing berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Walaupun secara dasarnya Kerajaan mengawal kemasukan warga kerja asing ke Selangor, namun begitu khidmat tenaga kerja asing ini masih diperlukan oleh sektor-sektor tertentu bagi menampung kekurangan tenaga kerja tempatan.
(Sumber : Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor)