Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
193) MASALAH BEKALAN ELEKTRIK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pihak TNB untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah bekalan elektrik (Low Voltage)?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
- Context
Pembangunan tidak terancang di sekitar Kawasan Ijok dan Kuala Selangor telah lama wujud, terutamanya disebabkan oleh pembinaan rumah di tanah tradisi yang diwarisi tanpa pematuhan penuh kepada peraturan perancangan bandar. Situasi ini melibatkan “Lot Tidak Terancang” — lot tanah kecil atau lot lidi yang dimiliki oleh individu tanpa kelulusan yang sah dari pihak berkuasa. Pemilik “Lot Tidak Terancang” menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan elektrik dan utiliti lain kerana tanpa kebenaran dari pihak majlis tempatan. Isu ini mengakibatkan ketidakstabilan bekalan elektrik dan potensi gangguan berulang akibat permintaan yang tidak dirancang dan tidak dapat dipenuhi secara efektif.
- Position
Kerajaan mengambil pendekatan serius dalam menangani masalah pembangunan tidak terancang yang berpotensi mengganggu kestabilan bekalan elektrik. Dalam hal ini, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) perlu bekerjasama rapat dengan TNB untuk memantau dan mengawal pembangunan tanpa perancangan di kawasan berkenaan mengikut peraturan semasa. Sebarang pembangunan tanpa kebenaran perancangan yang sah akan dikenakan tindakan sesuai dengan peraturan yang dikuatkuasakan.
- Solution
Kerajaan mencadangkan langkah-langkah berikut untuk menangani pembangunan tidak terancang seperti berikut:
- Pemantauan dan Penguatkuasaan yang Ketat: Kerajaan Negeri, melalui pihak berkuasa tempatan dan PTD, perlu memperhebatkan pemantauan terhadap aktiviti pembangunan tanpa kebenaran di kawasan-kawasan kritikal.
- Penetapan Syarat Bekalan Utiliti: Bagi pemohon bekalan elektrik yang tiada nama dalam geran tanah seperti di Lot Tidak Terancang, kelulusan untuk mendapatkan bekalan elektrik hanya akan diberikan jika pemohon memenuhi syarat perancangan dan kebenaran merancang oleh pihak majlis tempatan.
- Penyediaan Tapak Pencawang Elektrik: Bagi kawasan yang tidak terancang, Kerajaan Negeri perlu bersedia mempertimbangkan kelulusan tanah rezab kerajaan untuk pajakan tapak pencawang jika dimohon oleh TNB mengikut peraturan yang sedia ada.
- Cadangan Penambahbaikan Dasar dan Akta: Kerajaan Negeri perlu menilai dan, jika perlu, menyemak semula undang-undang serta peraturan berkaitan perancangan dan pembangunan tanah, termasuk memperketatkan syarat-syarat bagi pembelian dan penjualan tanah bersaiz kecil dan lot lidi untuk memastikan pembangunan lebih teratur dan mengelakkan kesulitan masa depan dalam penyediaan utiliti.
Dengan pendekatan ini, Kerajaan berharap dapat mengurangkan pembangunan tidak terancang, seterusnya memastikan kestabilan dan kecekapan bekalan elektrik serta perkhidmatan utiliti lain di Selangor, terutama di kawasan yang mengalami gangguan berulang.
-
Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk memastikan bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi di kawasan pembangunan baru di Selangor, terutamanya di Ijok?