Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
267) MASALAH BEKALAN BERAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah yang kerajaan selangor telah dan akan lakukan untuk mengatasi masalah ketiadaan beras tempatan di pasaran di selangor?
Kerajaan Negeri Selangor telah dan sedang melaksanakan program-program yang berkaitan dengan peningkatan hasil padi di Negeri Selangor dan secara langsung boleh meningkatkan bekalan Beras Tempatan Putih (BPT).
Kedudukan self sufficient ratio (SSR) untuk padi bagi Negeri Selangor pada ketika ini berada pada tahap 33% sahaja dan ianya sememang tidak mencukupi untuk bekalan kepada seluruh rakyat Negeri Selangor.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri akan terus memberikan penekanan kepada langkah-langkah utama yang perlu ada pada setiap pesawah untuk meningkatkan hasil padi adalah lebih berdisiplin di dalam Amalan Rice Check kerana setiap varieti mempunyai tempoh matang yang berbeza. Untuk mencapai hasil yang maksimum, pemberian input baja haruslah mengikut kadar, jenis, masa dan kaedah yang tepat (site specific nutrient management).
Selain dari itu juga, Kerajaan Negeri telahpun memutuskan agar satu kajian secara lebih holistik dilaksanakan terhadap bidang tanaman padi di Negeri Selangor bagi mengetahui secara terperinci apakah punca utama kemerosotan hasil padi dan kajian tersebut merangkumi semua aspek termasuk tahap kesuburan tanah, perubahan cuaca, infrastruktur, benih tanaman, penggunaan baja dan kawalan perosak selain dari penggunaan peralatan moden seperti drone untuk penyemburan dan sistem IoT (remote sensing) bagi pemantauan secara atas talian serta penggunaan jentera tuaian yang lebih efektif seperti combine harvester and reaper yang mana jentera tersebut turut membantu meningkatkan hasil pendapatan pesawah melalui penjualan jerami yang telah siap diikat dan juga mengurangkan kadar kehilangan padi semasa tuaian daripada 30% kepada kurang dari 10%.