Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
76) MASALAH BEKALAN AIR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Perincikan bilangan dan jenis aduan berkenaan bekalan air di kawasan DUN Bukit Gasing untuk 2008-2013
- Bilangan dan jenis aduan berkenaan bekalan air di kawasan DUN Bukit Gasing untuk 2008 – 2013 (setakat Oktober 2013) mengikut rekod SYABAS adalah seperti berikut:-
JENIS ADUAN BILANGAN ADUAN Tiada Air 12,362 Paip Pecah 354 Paip Bocor 4,751 Tekanan Rendah 2,187 Kualiti Air 224 Jumlah 19,878 -
Apakah kerja naik taraf paip yang dirancang di DUN Bukit Gasing untuk mengatasi masalah paip pecah dan kualiti air
Kawasan DUN Bukit Gasing mendapat bekalan air dari Tangki Effingham yang pada ketika ini dibekalkan melalui Loji Rawatan Air Sungai Selangor fasa 1 (SSP
- dan Loji Rawatan Sir Sungai Selangor Fasa 2 (SSP 2). Melalui kajian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor, “Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Water Supply System Augmentation Study” mendapati bahawa terdapat kekangan di dalam sistem agihan yang membekalkan air terawat SSP 1 dan SSP 2 ke kawasan Bukit Gasing. Kawasan Bukit Gasing kebanyakannya berada di kawasan tinggi dan merupakan kawasan hujung dalam sistem agihan air, di mana faktor ini telah menyebabkan bekalan air secara graviti menjadi mengurang atau perlahan untuk sampai ke kawasan Bukit Gasing yang mana akhirnya akan menyebabkan gangguan bekalan air terutamanya semasa waktu
Justeru itu, hasil dari kajian yang telah dibuat, Kerajaan Negeri Selangor telah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya memasukkan cadangan membina stesen pam penggalak (booster station) di Kolam Imbangan Matang Pagar dan Kompleks Kolam Bukit Gasing. Dengan adanya stesen pam
penggalak yang baru ini, kawasan Bukit Gasing akan menerima tambahan air bersih sejumlah 399JLH bagi menampung permintaan pengguna.
Dijangkakan kerja-kerja membina stesen pam penggalak ini akan siap sepenuhnya dalam bulan Februari 2015. Dengan siapnya kerja-kerja menaik taraf tersebut, ia dapat meningkatkan kapasiti kadar pengepaman sedia ada di rumah pam dan dengan ini tekanan air di kawasan DUN Bukit Gasing dapat dipulihkan.
Selain dari kerja-kerja pembangunan fizikal yang dirancang untuk dibangunkan di DUN Bukit Gasing, penyelesaian menyeluruh ke atas semua masalah yang menimpa penduduk DUN Bukit Gasing ini adalah melalui penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor melalui Model Holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Selain dari pelaksanaan projek-projek di atas, Kerajaan Negeri Selangor juga menggesa agar SYABAS dapat mengurangkan kadar NRW. Di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS, SYABAS menjanjikan penurunan NRW kepada 20% pada tahun 2011 dengan perbelanjaan sebanyak RM784.1 juta. Namun kadar NRW pada tahun 2011 yang dapat dicapai oleh pihak SYABAS adalah melebihi 32% dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM995.70 juta, jauh melebihi amaun yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi. (Setakat September 2013, kadar NRW ditunjukkan sebanyak 35%)
Ini membuktikan bahawa walaupun SYABAS telah diberikan peruntukkan yang jauh melebihi amaun yang dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi, namun SYABAS masih gagal untuk menurunkan NRW kepada kadar yang sepatutnya. Kegagalan tersebut telah menyebabkan negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terlepas peluang untuk mendapatkan penjimatan kira-kira 663 JLH yang sepatutnya dihasilkan dari penurunan NRW seperti dijanjikan Syabas. Kapasiti 663JLH itu adalah lebih kurang jumlah air yang dikeluarkan oleh Loji Sungai Semenyih yang dianggarkan boleh menampung keperluan 353,000 akaun atau dari bilangan orang, boleh menampung penggunaan untuk seramai 1.2 juta orang.