Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
269) MASALAH BANYAK KERETA BURUK TERSADAI DI TEPI JALAN DI KAWASAN PBT DAN JUGA KAMPUNG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan sedar masih banyak kereta-kereta buruk tersadai di tepi-tepi jalan di merata tempat yang memburukkan pandangan?
Lambakan kereta buruk atau terbengkalai di kawasan pentadbiran Majlis menjadikan suatu pemandangan yang tidak menyenangkan. Lambakan ini disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya ialah kerana pihak pengusaha bengkel kenderaan yang tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kereta atau kenderaan yang terlibat dengan kemalangan yang dihantar untuk dibaiki. Pihak bengkel memberikan alasan kenderaan itu lambat untuk dibaiki kerana melibatkan tuntutan insurans dan masalah kewangan pemilik. Pihak Majlis memang mengambil berat perkara ini dan telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah
-
Jika ya, apakah kerajaan akan menyediakan peruntukan khas bagi melupuskan kereta-kereta tersebut?
Buat masa ini, PBT menggunakan perkhidmatan tunda swasta/ unit tunda masing- masing bagi kerja-kerja penundaan tersebut mengikut S.O.P / tatacara kerja yang telah ditetapkan oleh PBT. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan meneliti kuasa-kuasa PBT yang sedia ada bagi menangani isu kereta buruk tersadai di tepi jalan di kawasan PBT dan sekiranya terdapat keperluan untuk meminda UUK yang berkaitan Kerajaan Negeri akan berunding dengan pihak PBT bagi tujuan penyeragaman pelupusan selaras dengan kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Seksyen 9(1) Akta Kerajaan