Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
225) MASALAH BANJIR KILAT TIADA PENGHUJUNG
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Beberapa lokasi di Dun Sementa antaranya Teluk Kapas, Taman Sementa Jaya, Batu 7, Taman Juta, Jalan Benteng Kapar dan Taman Seri Kerayong kekal menghadapi masalah yang sama. Apakah perancangan dan bila derita rakyat ini akan berakhir?
Jalan Teluk Kapas dan sistem perparitan di lokasi ini adalah dibawah bidangkuasa JKR. Aliran air dari kawasan ini akan mengalir melalui borrowpit Rantau Panjang sehingga ke pintu air Jalan Palembang. JPS telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan borrowpit Rantau Panjang dan telah memasang sistem pam yang baru di Pintu Air Jalan Palembang pada 3 November 2021.
Aliran daripada Taman Sementa Jaya akan mengalir melalui sistem perparitan dalaman ke borrowpit JPS dan akan melalui kunci air Batu 6. JPS akan menaiktaraf kunci air tersebut beserta pam dalam RMKe-12 dengan kos anggaran RM15 juta melalui projek Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Batu Enam Sementa Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.
Aliran dari Batu 7 dan Jalan Benteng Kapar akan mengalir ke Pintu Air Kapar Kecil. Pintu Air Kapar Kecil telah dipasang dengan 3 pam berkapasiti tinggi untuk mengurangkan risiko banjir.
Bagi menangani masalah banjir kilat di kawasan Taman Juta dan Taman Seri Kerayong, pihak MPK mempunyai perancangan untuk menaiktaraf perparitan di kawasan yang terlibat dengan banjir pada tahun 2022.
Maklumat tambahan
JPS
Jalan Teluk Kapas dan sistem perparitan di lokasi ini adalah dibawah bidangkuasa JKR. Aliran air hanya dari kawasan ini akan mengalir melalui borrowpit Rantau Panjang sehingga ke pintu air Jalan Palembang. JPS telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan borrowpit Rantau Panjang dan telah memasang sistem pam yang baru di Pintu Air Jalan Palembang pada 3 November 2021.
Aliran daripada Taman Sementa Jaya akan mengalir melalui sistem perparitan dalaman ke borrowpit JPS dan akan melalui kunci air Batu 6. JPS akan menaiktaraf kunci air tersebut berserta pam dalam RMKe-12 dengan kos anggaran RM15 juta melalui projek Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Batu Enam Sementa Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.
Aliran dari Batu 7 dan Jalan Benteng Kapar akan mengalir ke Pintu Air Kapar Kecil. Pintu Air Kapar Kecil telah dipasang dengan 3 pam berkapasiti tinggi untuk mengurangkan risiko banjir.
Bagi menangani masalah banjir kilat di kawasan Taman Juta dan Taman Seri Kerayong, pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) mempunyai perancangan untuk menaiktaraf perparitan di kawasan banjir terlibat pada tahun 2022