Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
49) MASALAH BANJIR KILAT DI KAMPUNG MELAYU SUBANG TAMBAHAN
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah punca sebenar (utama) berlakunya banjir tersebut?
Untuk makluman, punca utama berlakunya banjir di Kg Melayu Subang Tambahan adalah disebabkan sistem perparitan dalaman yang tidak sempurna yang melambatkan aliran air ketika hujan lebat. Sistem perparitan sedia ada adalah tidak sistematik dan ada dibina atas tanah persendirian atau tidak mempunyai rizab dan juga di bawah rizab jalan JKR. Air dari parit dalaman tidak dapat mengalir keluar ke sistem perparitan utama dan menyebabkan banjir ke kawasan sekitar.
-
Apakah tindakan Kerajaan yang telah dilakukan untuk menangani masalah tersebut?
Sistem perparitan dalaman bagi Kg Melayu Subang Tambahan adalah di bawah penyelenggaraan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Pihak MBSA akan mengadakan operasi bersepadu antara semua agensi yang berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Daerah, JKR dan JPS bagi mengenalpasti punca aliran air tidak lancar ke sistem perparitan dilaksanakan. Operasi bersepadu ini akan melibatkan penguatkuasaan bersama ke atas rizab perparitan yang terlibat.
-
Adakah lagi sebarang tindakan yang akan dilakukan untuk menangani masalah banjir untuk tempoh jangka masa panjang?
Bagi tempoh jangka masa panjang, pihak MBSA perlu membuat kajian bagi sistem perparitan dalaman Kg Melayu Subang Tambahan. Hasil kajian akan dibentang kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan supaya tindakan dapat diambil mengikut tanggungjawab masing-masing.