Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
52) MASALAH BANJIR KILAT DI KAMPUNG BARU AMPANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah perancangan dibuat oleh pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di Kampung Baru Ampang dalam masa terdekat?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah melantik perunding mitigasi banjir untuk melaksanakan kajian menyeluruh sistem peparitan dan lokasi-lokasi banjir di seluruh Kg. Baru Ampang. Ianya meliputi kajian dan reka bentuk penyelesaian banjir dengan kos keseluruhan berjumlah RM 1,651,360.00 dengan tempoh kerja selama 10 bulan bermula 23 Ogos 2023 sehingga 02 Jun 2024.
-
Jika ada, bilakah projek ini dijangkakan akan bermula?
Hasil daripada kajian oleh perunding yang dilantik, MPAJ dapat mengenalpasti reka bentuk projek mitigasi banjir berkenaan serta kos keseluruhan. Projek akan bermula setelah kerja berkenaan selesai dan kerja pelaksanaan dimuktamatkan melalui sumber dana yang akan diputuskan.