Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

31) MASALAH BANJIR DI SUNGAI RASA, SHAH ALAM YANG TIDAK BERKESUDAHAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah banjir ini?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mengambil langkah-langkah pencegahan mengatasi masalah banjir dengan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir seperti senarai di dalam lampiran maklumat

    Kerjasama turut diberikan oleh dua (2) agensi lain iaitu Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membendung masalah banjir yang berlaku di Sungai Rasa, Shah Alam.

    Senarai projek-projek yang melibatkan 3 buah agensi ini terdiri dari 3 peringkat iaitu Projek yang telah dilaksanakan, Projek dalam Perlaksanaan dan Projek dalam Perancangan.

     

  2. Berapa kos keseluruhan untuk program tebatan banjir ini?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM60 juta ke atas keseluruhan projek yang dijalankan melibatkan 3 buah agensi iaitu JPS Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Shah

  3. Berapa peratus kos ini telah digunakan?

    Prestasi kemajuan peruntukan yang telah digunakan adalah sebanyak 20%

    Maklumat Tambahan :

    Berikut  di  bawah adalah senarai   kerja-kerja tebatan banjir yang dilaksanakan melibatkan tiga (3) agensi yang berkaitan :

    1. Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor

     

    Bil Nama Projek
    KERJA-KERJA TELAH DILAKSANAKAN
    1 Kerja-kerja menebas Semak Samun dan Pembersihan Sungai Rasa,Klang,Selangor.
    2 Kerja-kerja membina Platform untuk pam sementara dan kerja-kerja berkaitan di sebelah pam minyak BHP, Jalan Sg. Rasah,Klang,Selangor Darul Ehsan
    3 Kerja-kerja membaik pulih Struktur Saliran dan Kerja-kerja berkaitan Di Sungai Rasah, Tugu Keris,Klang,Selangor Darul Ehsan
    4 Kerja-kerja mengorek, mendalam dan melebarkan Sistem Saliran @Pintu Air Kg. Padang Jawa
    5 Membina Flap Gate Di Sepanjang Sg. Rasah @ Jalan Batu 3 lama, Daerah Klang
    6 Kerja-kerja Pembinaan Kolam takungan banjir Serta Kerja-kerja lain yang berkaitan di kawasan perindustrian Bukit Raja, Daerah Klang Selangor Darul Ehsan
    KERJA-KERJA DALAM PERLAKSANAAN
    7 Kerja-kerja Membaikpulih Struktur Utama Sg. Rasah Dan Kerja-kerja Berkaitan Di I- City / Plaza Tol Sg. Rasah, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan
     

    8

    Kerja-kerja membina lencongan dari Sg Rasah ke Tasik Ladam Sg. Klang dan membina rumah pam di kunci air Tasik Ladam Padang Jawa dan lain-lain kerja berkaitan
     

    9

    Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji jaya & Mentauliah Pam Selam Elektrik & Aksesori Yang Berkaitan Kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran Selangor

    (Tasik Ladam)

    10     Membina Kolam Takungan di Bukit Bandaraya U11, Shah Alam.
    KERJA-KERJA DALAM PERANCANGAN
    11      Pembinaan Kolam Takungan dan Pengambilan Balik Tanah (Tanah Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan)

     

    12      Kerja-kerja mengukuhkan Tebing dan Kerja-Kerja berkaitan Di Sungai Rasah Kampung Bukit Kuda,Klang,Selangor Darul Ehsan
    KERJA-KERJA DALAM PERANCANGAN
    13      Kerja-kerja desilting Sg. Rasah (CH 0 – CH 4,500)(CH 5,500 – CH 7,000)
    14      Bayaran Perunding /Juruukur- RTB Sg. Rasah

     

    1. Majlis Bandaraya Shah Alam

     

    Bil Nama Projek
    KERJA-KERJA TELAH DILAKSANAKAN
     

    1

    Cadangan Kerja-kerja Mengorek Kelodak Serta Kerja-kerja Berkaitan Di Kolam Takungan Banjir (Kolam Permai) bersebelahan Pasaraya Giant Seksyen7, Shah Alam
    2 Cadangan Kerja-kerja Mengorek Kelodak Serta Kerja-kerja Berkaitan Di Kolam Takungan Banjir (Kolam Bestari) Seksyen7, Shah Alam
     

    3

    Cadangan Menaik taraf Longkang Tanah kepada longkang kampung U-Shape drain serta kerja-kerja berkaitan di rizab parit kampung Karrupiah, Seksyen 16, Shah Alam.

     

    1. Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor

     

    Bil Nama Projek
    KERJA-KERJA TELAH DILAKSANAKAN
    1 Kerja-kerja Menaik taraf Jalan Padang Jawa bermula dari Persimpangan Jalan Sg. Rasah
    2 Kerja-kerja Menaik taraf Longkang Dan kerja-kerja Berkaitan Di Jalan Sg. Rasah ( Fasa 1) Daerah Klang.
    3 Kerja-kerja Menaik taraf Longkang Dan kerja-kerja Berkaitan Di Jalan Sg. Rasah ( Fasa 2) Daerah Klang.
    KERJA-KERJA DALAM PERLAKSANAAN
    4 Projek Menggantikan Jambatan di atas Sungai Rasah di KM 5.6, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan

     

    KERJA-KERJA DALAM PERLAKSANAAN
    5       Projek Menaik taraf Jalan Dan Longkang Di Sepanjang Jalan Sg. Rasah, Daerah Klang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.