Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
74) MASALAH BANJIR DI SUNGAI BURONG
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
DUN Sungai Burong sering menghadapi masalah banjir. Apakah pelan jangka panjang Kerajaan untuk mengawal permasalahan ini dengan efektif?
JPS sedang melaksanakan tindakan jangka masa pendek bagi menyediakan pelan induk sistem saliran secara menyeluruh untuk mengatasi masalah banjir di daerah Kuala Selangor melalui Kajian Pelan Induk (Master Plan) Sistem Saliran Bagi Pengurusan Air Ribut (PISMA) di Daerah Kuala Selangor. Skop kawasan kajian ini turut melibatkan kawasan DUN Sungai Burong. Melalui kajian tersebut, Pelan jangka masa panjang akan dirangka bagi program mitigasi banjir daerah Kuala Selangor melibatkan skop projek tebatan banjir, menaiktaraf sistem saliran dan pembinaan kolam takungan serta melibatkan pengambilan balik tanah.
Kajian Pelan Induk (Master Plan) Sistem Saliran Bagi Pengurusan Air Ribut (Stormwater) Untuk Mengatasi Banjir di Daerah Kuala Selangor telah dimulakan dan sedang dalam peringkat kajian.
Kos Perunding : RM 958,671.13
Tarikh Mula : 1 Jun 2021
Tarikh Siap : 1 Februari 2022
-
Bilakah pelan ini akan dilaksanakan?
Pelan jangka panjang akan dilaksanakan setelah kajian PISMA selesai dan permohonan peruntukan mitigasi banjir akan dipohon dalam RMKe-12 dan RMKe-13 secara berfasa.
-
Apakah pelan jangka pendek Kerajaan untuk atasi masalah banjir ini?
Selain daripada tindakan jangka masa pendek melalui kajian PISMA yang sedang dijalankan, Kerajaan Negeri melalui JPS telah meluluskan pelaksanaan tindakan segera dengan membekalkan satu (1) unit pam di pintu air Tanjong Karang dan satu (1) unit pam di pintu air Sungai Johol bagi mengeluarkan air banjir semasa tempoh air laut pasang tinggi.