Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

159) MASALAH BANJIR DI KAWASAN-KAWASAN SEMENYIH DAN BERANANG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam bajet Selangor 2008, jumlah sebanyak RM50.0 juta telah diperuntukkan kepada JPS untuk tujuan menangani masalah banjir. Apakah status yang diperuntukkan kepada JPS?

    Sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan kepada JPS bagi perbelanjaan
    pembangunan yang dipecahkan mengikut butiran seperti berikut:-

    Berdasarkan jumlah pembahagian di atas, adalah jelas bukan kesemua
    peruntukan tersebut bertujuan untuk menangani masalah banjir dan ianya
    juga digunakan bagi projek-projek pembangunan JPS yang lain.

  2. Adakah PBN akan mengeluarkan peruntukan bantuan segera yang berupa bantuan kewangan kendiri dan juga bantuan kos pembaikan harta benda yang musnah kepada mangsa banjir serta peruntukan segera untuk memperbaiki kerosakan kemudahan intrastruktur disebabkan oleh banjir tersebut

    Kerajaan Negeri akan memberi bantuan awal dengan menggunakan
    peruntukan Amanah Tabung Bencana yang diselaraskan di setiap Pejabat
    Daerah dan pembaikan kerosakan infrastruktur akan dibuat dengan
    menggunakan peruntukan Luar Jangka ataupun menggunakan peruntukan
    JKR/JPS.

  3. Apakah langkah panjang PBN untuk mengatasi masalah yang kerap berlaku

    Tidak berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.