Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

39) MASALAH BANJIR DI KAMPUNG GICHING DAN KG LABU LANJUT SG LABU

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah Banjir yang berpunca dari Sg Labu, Apakah status projek tebatan banjir SG Labu?

    Tajuk Kerja : Rancangan Tebatan Banjir Sungai Labu, Daerah Sepang,Selangor Darul Ehsan.

    Tarikh Mula : 12/10/2018

    Tarikh Siap : 04/02/2021

    Kemajuan Jadual : 47%

    Kemajuan Sebenar : 28%

    Kelewatan : -19%

  2. Apakah boleh supaya kerja-kerja menaik taraf ban yang kerap pecah ( 5 kali dalam tempoh setahun) diberi keutamaan dan dilaksanakan terlebih dahulu ?

    Banjir yang berlaku di Kampung Giching Sungai Labu adalah berpunca daripada hujan yang tersangat lebat iaitu 106mm dalam tempoh 3 jam di kawasan tersebut. Curahan hujan yang banyak mengakibatkan aliran air sungai yang laju dan telah melimpahi ban menyebabkan hakisan tebing/ban sungai Labu yang sedang dalam pembinaan. Akibat daripada hakisan tersebut ban sungai telah pecah dan air memasuki kawasan perkampungan dan telah menyebabkan banjir.

    Untuk makluman, projek RTB Sungai Labu sedang dalam pelaksanaan dan skop menaiktaraf ban sungai adalah sepanjang 18km. Pembinaan ban sungai merupakan skop keutamaan untuk projek ini. Jabatan telah mengkaji semula rekabentuk ban di kawasan yang terhakis teruk dan cadangan rekabentuk baru yang lebih kukuh telah disediakan bagi mengelakkan kejadian yang serupa dari berlaku.

    Untuk makluman, kontraktor telahpun menyiapkan kerja-kerja pembaikan ban yang pecah bagi menghalang kemasukkan air ke kawasan kampung dan kerja-kerja pembinaan berdasarkan rekabentuk baru akan dilaksanakan segera.

Lampiran

Tiada Lampiran.