Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
216) MASALAH BANJIR DI JALAN SRI MANJA (HADAPAN TAMAN BUANA PERDANA)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah punca sebenar masalah banjir yang kerap tatkala hujan lebat di Jalan Sri Manja berhadapan Taman Buana Perdana?
I. Pertembungan air larian di antara Parit Hujan Lebat Jalan Sri Manja dengan air larian longkang tanah (dari lot Pemaju: Tetuan BH Builder) di sebelah hilir sebelum di alirkan ke Sungai Klang menyebabkan air larian di Parit Hujan Lebat tersebut tidak mengalir dengan lancar dan ‘backflow’ (air larian berubah arah ke Parit Hujan Lebat Jalan Sri Manja).
II. Keadaan Parit Hujan Lebat bersempadan lot BH Builder) sediada mendap sepanjang 35 meter menyebabkan air larian tidak mengalir lancar dan bertakung. Di tambah profil jalan yang paling rendah iaitu di persimpangan Jalan Sri Manja – Jalan PJS 3/25 (laluan masuk utama TAMAN BUANA PERDANA) menyebabkan air mudah bertakung di atas jalan sekiranya limpahan air larian dari Parit Hujan Lebat.
III. Kejadian air bertakung atas jalan/banjir lumpur bertambah buruk berpunca air larian tanah dari lot Tetuan BH Builder mengalir ke Parit Hujan Lebat (PHL) dan jalan majlis.
-
Adakah pihak MBPJ telah mengambil apa-apa tindakan terhadap masalah tersebut?
I. Pihak Majlis telah mengadakan Aktiviti Gotong Royong bersama pihak pemaju; Tetuan BH Builder untuk membersihkan mendapan tanah di Parit Hujan Lebat bersempadan lot pembangunan tersebut pada 29hb Januari 2022. Pihak Majlis telah mengarahkan pemaju untuk mengambil tindakan seperti berikut :
1. Membina ‘cut off drain’ di laluan masuk ke dua bagi mengalirkan air larian tanah ke kolam takungan tanah (silt trap) dan ditapis menajdi air bersih sebelum di alirkan secara teratur ke Parit Hujan Lebat bersempadan lot pembangunan.
2. Membesarkan kolam takungan tanah bagi menampung air larian yang banyak dari kawasan lot pembangunan.
3. Melaksanakan pembersihan parit hujan lebat tersebut secara rutin bagi mengelakan mendapat tanah di dalam sistem perparitan.
4. Pihak pemaju di kehendaki mengemukakan semula pindaan kelulusan kerja tanah untuk penambahbaikan sistem saliran kerja tanah.II. Pihak Majlis telah mengeluarkan surat bertarikh 8hb Februari 2022 ruj: MBPJ/050200/T/I2/KT/47/20 (12) kepada pihak perunding ; SMA Consult (perunding C & S Tetuan BH Builder) untuk mengarahkan pihak pemaju menyiapkan sambungan sistem saliran ke ‘Silt Trap’, membersihkan mendapan parit hujan lebat sehingga ke Sungai Klang serta mengemukakan pindaan pelan yang terlibat.
III. Pihak Majlis sentiasa memantau keadaan di tapak secara berkala bagi memastikan pihak pemaju mengambil tindakan segera seperti yang di arah.
-
Apakah cara berkesan dalam mengatasi dan mengelak daripada banjir kilat terus berulang?
I. Tindakan Jangka Masa Pendek :
1. Majlis mencadangkan pihak Pemaju agar mengadakan penyurut halaju sementara di bina terlebih dahulu di longkang tanah serta membina kolam tadahan sementara di lot BH Buider bagi memberi laluan air larian dari parit hujan lebat untuk mengalir dengan cepat ke kekotak pembentung di sebelah hilir (downstream).
2. Naiktaraf longkang bahu jalan (bersempadan dengan Taman permainan) di sebahagian Jalan PJS 3/25 serta melencongkan (bypass) sistem perparitan asal (outlet ke longkang terbuka 2100mm x 2100mm) ke kotak pembentung di bahagian hilir (downstream)
II. Tindakan Jangka Masa Panjang
1. Menaiktaraf sistem perparitan sediada (Parit Hujan Lebat – Longkang U 2100mm x 2100mm) dan ‘reprofil’ semula aras jalan sediada yang rendah (lembah) serta menambahbaik ‘scupper drain’.