Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
62) MASALAH BANJIR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah seriusnya masalah banjir di negeri Selangor? Sila kemukakan butiran perangkaan jumlah kerugian, jika ada, akibat banjir yang sering melanda negeri ini ?
Dari segi butiran perangkaanjumlah kerugian, Kerajaan Negeritidak mempunyai jumlah kerugian tetapi Kerajaan Negeri memandang serius masalah banjir di Negeri Selangor. Daripada inventori kawasan banjir di seluruh Negeri Selangor, jumlah kawasan banjir sebelum tahun 2006 ialah sebanyak 334 kawasan. Tetapi jumlah kawasan banjir ini telah menurun kepada 101 kawasan di akhir tahun 2006. Setelah kerajaan Negeri menjalankan kerja-kerja tebatan banjir secara giat. Manakala pada tahun 2007, hanya sebanyak 59 kawasan yang telah dilanda banjir.
-
Apakah punca banjir itu dan apakah langkah-Iangkah Kerajaan Negeri untuk mengatasinya?
Punca-punca banjir adalah seperti berikut :-
i) Pertambahan kadar alir puncak akibat pembangunan yang pesat.
ii) Ketidakupayaan keratan hidraulik akibat pemendapan kelodak dan pasir
iii) Halangan terhadap laluan sungai
iv) Hujan yang lebatlluar biasa atau fenomena hujan yang berlarutan.
v) FenomenaAir Pasang Laut
vi) Runtuhan atau pemendapanban
vii) Kawasan penempatan yang rendah atau di dalam kawasan dataran
banjir. -
Apakah pendekatan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir ini, terutama bagi rakyat yang menjadi mangsa banjir itu sendiri? Adakah terdapat sebarang bentuk bantuan diberikan kepada mereka dan jika ada, apakah bentuk bantuan itu?