Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
178) MASALAH BANJIR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Musim tengkujuh biasanya akan berlaku pada bulan November hingga Januari pada setiap tahun. Hujan yang lebat dan berpanjangan akan menyebabkan banjir berlaku. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah tersebut di kawasan Batang Kali yang selalu mengalami banjir tersebut ?
Diantara perancangan jabatan dalam mengatasi masalah banjir di Batang Kali adalah melalui perlaksanaan:
Kerja kerja penyelenggaraan Sungai Batang Kali bagi melancarkan aliran sungai melalui kerja-kerja pembersihan (pembuangan rumput,pokok dan tumbuhan) dan desilting bagi kawasan yang
Pengukuhan dan penstabilan tebing serta pembinaan benteng dikawasan rendah disepanjang sungai Batang Kali yang mengalami
-
Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti punca masalah banjir tersebut berhubung kait dengan masalah saliran khususnya Sungai Batang Kali ?
Berdasarkan kepada siasatan yang telah dilaksanakan, didapati punca masalah banjir yang berlaku di Batang Kali adalah disebabkan oleh:
Pembangunan pesat di kawasan Genting Highlands yang menyebabkan peningkatan kadar air larian yang masuk ke Sungai Batang
Berlaku mendapan di sebahagian daripada Sungai Batang Kali sehingga mengganggu aliran
Terdapat benteng pecah di beberapa lokasi di sepanjang Sungai Batang Kali yang menyebabkan berlaku limpahan air ke kawasan Walaubagaimanapun tindakan telah diambil oleh jabatan melalui kerja-kerja pembaikan.
Keadaan hujan lebat dimana Taburan hujan adalah melebihi paras
-
Berapa jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh kerajaan negeri menyelenggarakan saliran dan sungai di DUN Batang Kali ?
Bagi Tahun 2012, JPS Daerah Hulu Selangor telah mendapat peruntukan pembangunan negeri sebanyak RM1 Juta bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:
BIL 1. Menaiktaraf Tebing Saliran Sg. Liam Kpg. Pasir, Mukim Hulu Yarn, Daerah Hulu Selangor
RM 161,310.00 2. Menaiktaraf Tebing Saliran Sg. Liam Kpg. Masjid, Mukim Hulu Yarn, Daerah H’Selangor
RM 162,280.00 3. Menaiktaraf Tebing Saliran Kuala Sungai Liam Kpg Rawang Putar, Mukim Batang Kali, Daerah
Hulu Selangor
RM 155,610.00
4. Menaiktaraf Tebing Saliran Sungai Liam, Kampung Menyorok, Daerah Hulu Selangor
RM 155,173.00 5 Menaiktaraf Tebing Saliran Sg. Liam Kampung Gurney, Daerah Hulu Selangor
RM 148,072.00 6. Menaiktaraf Tebing Saliran Sg. Liam Kpg. Kalong, Daerah Hulu Selangor
RM 141,115.00 7. Menaiktaraf Tebing Saliran Sg. Liam Perumahan Batu 30, Mukim Hulu Yarn, Daerah Hulu Selangor
RM 32,910.00 8. Penanaman Pokok Pengukuhan Tebing Sg. Liam, Daerah Hulu Selangor
RM 20,000.00 9. Penanaman Pokok Pengukuhan Tebing Kg. Mukim Hulu Yarn, Daerah Hulu Selangor
RM 20,000.00 10. Membekal Anak Pokok Bagi Pengukuhan Tebing Sungai Liam, Daerah Hulu Selangor
RM 3,530.00 RM 1,000,000.00