Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
188) MASALAH BANJIR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Apakah langkah yang diambil oleh pihak JPS, JKR dan kontraktor supaya masalah ini dibendung?
Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT54. Pasukan Projek Khas, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah menjalankan kajian berhubung dengan masalah banjir kilat di beberapa kawasan berhampiran. Hasil dari kajian yang dilaksanakan telah dibentangkan kepada semua agensi yang terlibat. Longkang jalan berkenaan hanya direkabentuk bagi menampung air permukaan jalan sahaja.
Pasukan projek khas akan sentiasa melaksanakan pemantauan kepada culvert di sepanjang jalan yang terlibat dalam prjek pelebaran jalan ini. Selain itu pihak kontraktor di arahkan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan di utamakan dan memastikan Pelan Pengurusan Alam Sekitar di laksanakan untuk mengurangkan kesan pembinaan kepda alam sekitar. Masalah ini akan dapat dibendung sepenuhnya apabila projek menaiktaraf jalan ini disiapkan pada bulan Ogos 2020.