Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

155) MASALAH BANJIR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan segera yang diambil masalah banjir kilat dan kemalangan yang kerap berlaku ekoran projek pembinaan jalan Jenderam - Sepang?

    Berpandukan kepada laporan statistik keselamatan dan kesihatan terkini yang dikemukakan oleh kontraktor, tiada kemalangan jalan dilaporkan. Selain itu, jalan sedia ada tidak mempunyai lampu jalan dan skop projek menaiktaraf jalan Jenderam Sepang (B48) telah menyediakan skop pemasangan lampu jalan bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan tersebut. Masalah banjir kilat ini telah berlaku sebelum projek ini dilaksanakan. Dalam menangani isu banjir di kawasan terlibat, projek ini juga melibatkan pembinaan sistem saliran baru yang telah mengambil kira isu banjir di kawasan terlibat.

  2. Apakah status rancangan " flood mitigation plan" terutama di kawasan Kg Chincang, Salak yang melibatkan Sungai Labu dan Sungai Chincang?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah melaksanakan Projek Tebatan Banjir Sg Chinchang dan juga Projek Tebatan Banjir Sg Labu seperti butiran berikut:-

     

    Nama Projek : Projek Tebatan Banjir Sg Chinchang
    Kos kontrak : RM5,120,000.00
    Tarikh Mula : 18.12.2018
    Tarikh Siap : 15.06.2020
    Kemajuan fizikal : 8% (Jadual) / 4% (Sebenar)
    Nama Projek : Projek Tebatan Banjir Sg Labu
    Kos Kontrak : RM17,754,000.00
    Tarikh Mula : 12.10.2018
    Tarikh Siap : 04.02.2021
    Kemajuan fizikal : 9% (Jadual) / 4% (Sebenar)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.