Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

32) MASALAH ARAK

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani isu penjualan arak di kedai serbaneka/runcit secara haram/tanpa lesen?

    Permohonan lesen minuman keras adalah di bawah tindakan atau bidang kuasa Lembaga Pelesenan Eksais Daerah. Penjualan minuman keras tidak berlesen adalah di bawah tindakan Kastam yang boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan iaitu kompaun termasuk sitaan minuman keras.  PBT hanya boleh mengambil tindakan Notis Tawaran Kompaun (NTK) di atas premis yang menjalankan perniagaan tidak berlesen. Untuk isu ini, PBT akan mengadakan operasi bersama Kastam dan Pejabat Daerah.

  2. Adakah PBT mengambil tindakan serius ke atas premis-premis yang menjual arak selepas jam 9 malam?

    Ya, PBT akan mengambil tindakan ke atas premis-premis yang menjual arak selepas jam 9 malam dengan menarik balik dan membatalkan sokongan yang diberikan sekiranya pemilik lesen menimbulkan sebarang kacauganggu, aduan awam atau melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan-peraturan semasa yang telah ditetapkan oleh PBT atau mendapat pengesahan dari Jabatan Kastam DiRaja Malaysia. Perkara ini juga merujuk Akta Eksais 1976, Seksyen 35 (1)(b) dan syarat kelulusan lesen perniagaan minuman keras, premis tidak dibenarkan menjual minuman keras antara jam 9.00 malam – 7.00 pagi.

Lampiran

Tiada Lampiran.