Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

229) MASALAH AIR DI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon terangkan secara terperinci perancangan kerajaan negeri dalam menangani isu air di Selangor?

    Kerajaan negeri telah membuat beberapa perancangan dalam menangani isu air di Selangor iaitu menggunakan kolam-kolam alternatif dan kolam mitigasi banjir di Sungai Selangor serta telaga air bumi sebagai sumber tambahan air mentah.

  2. Apakah persiapan kerajaan negeri bagi menghadapi Fenomena El-Nino yang dijangka dalam masa terdekat?

    Kerajaan negeri telah membuat beberapa persediaan awal untuk menghadapi fenomena ini bagi mastikan bekalan air mencukupi seperti berikut :

    1. Mengenalpasti dan melengkapkan kemudahan pam untuk 9 buah kolam alternatif di sepanjang Sg. Selangor yang terletak di hulu muka sauk. Pemantauan dan pensampelan kualiti air kolam juga dijalankan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Sejumlah 20 buah pam berkapasiti 48 JLH telah dan sedang ditempatkan di semua kolam alternatif tersebut untuk membekalkan sebanyak 960 JLH. Buat masa ini, beberapa kolam alternatif tersebut sedang di isi dengan air Sg. Selangor yang dipam masuk ketika air sungai tinggi.
    2. Bagi meningkatkan takungan empangan, operasi pembenihan awan untuk kawasan tadahan di Negeri Selangor telah dijalankan bersama Jabatan Meteorologi dan sehingga 11 Jun 2014 adalah sebanyak 39 kali dan akan diteruskan sehingga hujung tahun ini.
    3. Menggunakan sumber air bumi dari telaga-telaga air bumi milik pihak swasta (3 telaga air bumi di Serendah yang disediakan oleh pihak Tan Chong Motor).

Lampiran

Tiada Lampiran.