Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

214) MASALAH AIR BERTAKUNG DI JALAN RAYA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah air bertakung yang telah menyumbang kepada kerosakan dan masalah keselamatan kepada pengguna jalanraya milik PBT, Pejabat Daerah dan JKR?

    Masalah air bertakung boleh berpunca dari longkang yang tersumbat, permukaan jalan tidak rata atau adanya ‘potholes’ di lokasi berkenaan.Bagi Jalan Raya Negeri di bawah kawalan JKR Selangor, pengesanan lokasi air bertakung di atas jalan raya adalah melalui rondaan yang diadakan. Berdasarkan Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Negeri, rondaan rutin yang dilakukan oleh pihak konsesi penyelenggaraan jalan berkenaan. Ia dilakukan 2 (dua) kali seminggu. (satu (1) sesi rondaan siang & satu (1) sesi rondaan malam) Sekiranya berlakunya bencana atau keperluan lain seperti yang diarah oleh Pegawai Penguasa, rondaan rutin tersebut akan dipertingkatkan kepada 4 (empat) kali seminggu. (dua (2) sesi rondaan siang & dua (2) sesi rondaan malam)   Setiap rondaan rutin perlu dilengkapkan dengan laporan hasil rondaan dan sebarang kerosakan akan dikenalpasti melalui hasil rondaan berkenaan. Tindakan segera akan diambil untuk mengatasi masalah air bertakung serta kerosakan lain ke atas jalan berkenaan. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan ke atas kerosakan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi dikenakan NCR dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan untuk kerja penyenggaraan jalan dilakukan sebagai penalti.

  2. Berapakah jumlah aduan kes air bertakung yang telah direkodkan bermula tahun 2018 sehingga kini?

    Berdasarkan rekod, aduan berkaitan air bertakung yang diterima dari tahun 2018 hingga 2022 bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri adalah seperti berikut;

Lampiran

Tiada Lampiran.