Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

208) MASA DEPAN PENDAPATAN RAKYAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam konteks ekonomi yang merudum ketika ini, apakah jangkaan kadar pertumbuhan ekonomi Selangor tahun 2015 & 2016?

    Unjuran yang dibuat pada tahun 2014 menjangkakan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor yang stabil dan  Bagi tahun 2015, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Selangor diunjurkan 5.5% selari dengan pertumbuhan KDNK Malaysia yang diunjurkan pada kadar 5.6%. Pada tahun 2016, KDNK turut diunjurkan pada kadar 5.0%-6.0%. Namun demikian, Kejatuhan harga minyak menyebabkan penurunan harga ringgit mungkin akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang seterusnya memberi impak terhadap pertumbuhan Negeri Selangor. Krisis penurunan harga ringgit kepada US dollar akan mendorong aliran keluar modal sekiranya pelabur kurang yakin terhadap prospek ekonomi di Malaysia. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menjangkakan sekiranya fenomena ini berterusan, pertumbuhan ekonomi pada tahun 2016 akan menyusut daripada jangkaan tersebut.

  2. Adakah inovasi skim-skim baru bagi meringankan bebanan rakyat dan menjamin masa depan mereka sebagai rakyat Selangor?

    Atas dasar keprihatinan Kerajaan kepada rakyat ke arah mewujudkan kesaksamaan kekayaan, program-program Agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) diteruskan dan diperkasakan melalui pelbagai sudut transformasi supaya dapat membantu meringankan beban kos hidup rakyat pada masa ekonomi yang tidak menentu Inovasi- inovasi skim yang telah dilaksanakan terhadap MES ialah seperti berikut

    :

    • Kerajaan telah memperkasakan pelaksanaan Skim Mikrokredit Negeri Selangor (SkimSel) dan Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR)  di bawah satu program bersepadu dengan Program Hijrah. Kedua- dua program ini telah disepadukan untuk melonjakkan golongan  miskin ini berhijrah daripada golongan miskin kepada golongan berpendapatan kelas Peruntukan ditambah daripada RM70 juta pada tahun 2014 kepada RM100 juta pada tahun 2015 diharap mampu merealisasikan hasrat Kerajaan.

     

    • Menyedari kepentingan pendidikan terhadap generasi muda Negeri Selangor, Kerajaan meningkatkan inisiatif bidang pendidikan dengan memperkenalkan Tabung Biasiswa Selangorku kepada anak Selangor dari desa dan  keluarga berpendapatan rendah yang menuntut di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kerajaan  mengambil maklum terdapat sebilangan keluarga yang dihimpit beban kewangan apabila terdapat ahli keluarga mendapat tawaran ke   Bagi membantu persiapan awal ke universiti, Kerajaan telah memperkenalkan Dana Bantuan Sara Diri Anak Selangor untuk mahasiswa UNISEL dan KUIS sebagai wang pendahuluan sebelum menerima pembiayaan PTPTN atau pembiayaan lain.
    • Selaras dengan hasrat Kerajaan ke arah 1Keluarga, 1Kediaman, Kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta di bawah Dana-Sel(Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku) bagi membantu peneroka bandar memiliki rumah dengan konsep sewa dan
    • Kerajaan terus komited dalam usaha mengurangkan jurang antara golongan berpendapatan rendah dan tinggi dengan memperkasa program Dana Industri Kampung yang menyediakan insentif RM10,000 sebelum ini ditransformasikan kepada Dana Usahawan Mikro Selangor dengan insentif dinaikkan kepada RM30,000 bagi setiap permohonan.
    • Dalam mengukuhkan tenaga muda sebagai tenaga mahir berkemahiran tinggi, Kerajaan akan berkolaborasi dengan Sel angor Human Resource Development Centre (SHRDC), UNISEL, KUIS dan INPENS untuk menyediakan platform pembangunan bakat dan kebolehan (talent development) kepada 70% anak muda yang tidak berpeluang memasuki institut pengajian Bidang-bidang yang berpotensi tinggi dan diperlukan industri ialah oil & gas, semikonduktor, elektrik dan elektronik, teknologi ICT, equipment & machinery, big data, medical devices dan advance robotic.
  3. Apakah sasaran perkapita rakyat Selangor menjelang 2020?

    Sasaran perkapita Negeri Selangor pada tahun 2020 ialah RM37,590.00. Pendapatan perkapita Negeri Selangor ketika ini adalah RM32,984.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.