Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

124) MARTABAT SENI BUDAYA TEMPATAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Meru sebagai pusat pelancongan kebudayaan dengan menengahkan seni budaya tempatan seperti caklempong dan gasing?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) ada melaksanakan pengembangan seni dan budaya Selangor di kampong-kampong atau daerah. Walau bagaimana pun program ini belum dilaksanakan khusus untuk sesebuah kampong. PADAT juga sedia maklum, Meru telah membangunkan berbagai-bagai program seperti mana yang dinyatakan. Meru juga telah menganjurkan Kejohanan Gasing Pangkah Tradisional Terbuka peringkat negeri Selangor pada tahun 2016. Sebuah tugu gasing pangkah juga telah dibina di kawasan gelanggang Gasing Pangkah Tradisional Kg. Bukit Kapar.

    Saranan untuk menjadikan Meru sebagai Pusat Pelancongan Kebudayaan amat dialu-alukan. Walau bagai mana pun PADAT mencadangkan agar satu jawatankuasa dibentuk bagi mengenalpasti pengisian program dan yang pentingnya penglibatan masyarakat tempatan. Sebagai contoh terdapat banyak desa-desa warisan yang telah ujud di Indonesia yang mana telah menjadi tarikan pelancong dengan megetengahkan produk tempatan sama ada budaya, makanan dan kraf. Melalui program ini masyarakat desa tersebut dapat menjana pendapatan disamping mengujudkan gunatenaga bagi pengurusan dan pengeluaran produk pelancongan ini. Bagi melaksanakan program ini pihak PADAT bersedia untuk memberikan kerjasama terutama dalam penyediaan pelan induk dan kaedah pelaksanaanya.

    PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Lampiran

Tiada Lampiran.