Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
107) MARRIS DUN PANDAMARAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan dan peruntukan projek MARRIS tahun 2021 seperti berikut:
1) projek sudah kerja dan siap
2) projek sudah kerja tapi belum siap
3) projek telah dibuka tender tapi belum mula kerja
4) projek belum buka tenderJumlah peruntukan MARRIS bagi kawasan DUN Pandamaran adalah sebanyak RM3,000,000.00. Sebanyak 6 kerja (seperti di Jadual 1) telah dicadangkan berdasarkan peruntukan dengan status kemajuan kerja adalah seperti berikut:
- Bilangan kerja yang telah dilantik sebanyak 5 dan belum siap kesemuanya;
- Bilangan kerja yang telah dilantik sebanyak 5 dan semua masih dalam tempoh perlaksanaan;
- Bilangan kerja telah diklankan (buka tender) sebanyak 1 projek dan belum mula kerja; dan
- Bilangan kerja belum diiklankan (buka tender): tiada.
Jadual 1
Senarai Projek MARRIS di Dun Pandamaran
Bil. Tajuk Kerja Catatan 1. Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan di Jalan Sebahagian Jalan Hilir, Jalan Selasih, Jalan Mata Kucing, Lorong Hilir, Jalan Sungai Bertih 1, 2, 3, Jalan Bakawali, Lorong-Lorong Belakang, Taman Gembira, Klang Selatan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dengannya Kemajuan Kerja (20%) 2. Kerja-Kerja Membaikpulih Pagar Penghadang Sediada, Menurap Jalan, Membina “Scupper Drain di Sebahagian Jalan Batu Unjur 10, 7, Taman Bayu Perdana, Klang Selatan Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Dengannya. Kemajuan Kerja (45%) 3. Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Di Jalan Sekolah, Jalan Cemerlang dan Sebahagian Jalan Tengku Badar, Pandamaran, Klang Selatan Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Dengannya. Kemajuan Kerja (90%) 4. Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan dan Membaikpulih Batu Bebendul di Sebahagian Jalan Raja Lumu, Jalan Polis, Jalan Sentul, Jalan Jambu Laut, Jalan Sukma dan Lorong. Kemajuan Kerja (50%) 5. Kerja-Kerja Membaiki Lampu Jalan Yang Rosak Jalan Tengku Badar, Jalan Cungah, Jalan Beringin dan Lorong Cungah, Pelabuhan Klang Kemajuan Kerja (20%) 6. Kerja-Kerja Pembaikan Longkang di Sebahagian Parit Utama Lebuh Turi, Taman Chi Liung, Klang Selatan Perolehan Kerja (Proses Iklan)