Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

47) MARRIS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat menetapkan kaedah penurapan jalan untuk Marris mesti menggunakan kaedah 'mill and pave'?

    Kaedah mill & pave dilaksanakan dengan cara membuang lapisan turapan yang rosak (mill) dan menggantikan dengan lapisan turapan baru (pave). Kaedah pembaikan ini hanyalah sesuai sekiranya lapisan permukaan jalan mengalami rutting yang tidak ketara dan permukaan jalan beralun yang juga tidak ketara tetapi bukan disebabkan oleh struktur jalan. Ia juga boleh digunakan bagi mengatasi keretakan permukaan dan bleeding.

    Secara dasarnya Mill & Pave adalah kaedah pembaikan yang boleh diaplikasikan ke atas kerosakan yang hanya melibatkan permukaan jalan (asphalt) sahaja. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menetapkan hanya satu kaedah yang perlu dilaksanakan bagi kerja-kerja pembaikan jalan kerana kerosakan jalan tidak hanya tertakluk kepada permukaan jalan sahaja, ia juga boleh melibatkan keseluruhan struktur jalan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri dapat memohon lebih banyak peruntukan Marris untuk DUN daripada Kerajaan Persekutuan memandangkan kos projek semakin tinggi?

    Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri merupakan ketetapan di bawah Peruntukan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan membantu Kerajaan Negeri menyenggara jalan negeri di negeri masing-masing. Asas pemberian adalah dikira berdasarkan Peruntukan Bahagian 2 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

    Peruntukan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri disediakan di bawah Vot Tanggungan Kementerian Kewangan dan diagihkan kepada Kerajaan Negeri berdasarkan panjang jalan negeri yang berdaftar dan telah diperakukan oleh JKR selaras dengan Peruntukan Bahagian 2 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.