Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
177) MARRIS 2016 UNTUK KAWASAN DUN PANDAMARAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Permintaan-permintaan yang telah dikemukakan oleh saya kepada Majlis Perbandaran Klang tentang projek MARRIS 2016 terhadap pembaikpulihan paritparit di kawasan DUN Pandamaran sejak Januari 2016 masih belum dilaksanakan sehingga kini. Apakah sebab atas kelewatan tindakan tersebut?
Nilai kerja pembaikan parit yang boleh dilaksanakan melalui peruntukan MARRIS di kawasan DUN Pandamaran adalah berjumlah RM365,000.00 di mana merupakan sebahagian daripada cadangan dari Pejabat DUN yang diterima oleh pihak Majlis. Kerja-kerja senarai tersebut akan dilaksanakan segera.
-
Bila projek MARRIS 2016 bagi DUN Pandamaran akan dimulakan?
Sebahagian kerja MARRIS di bawah peruntukan DUN Pandamaran telah mula dilaksanakan pada bulan Julai 2016 dan akan diteruskan sehingga peruntukan dibelanjakan sepenuhnya.