Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

228) MAPMAS – MAJLIS ANTI PEMERDAGANGAN MANUSIA SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status MAPMAS dan siapakah yang menganggotai Ahli Majlis untuk sessi 2015-2016 ini?

    Kerajaan Negeri memandang serius dengan isu pemerdagangan manusia yang berleluasa dewasa ini. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sentiasa memberi sokongan padu terhadap usaha-usaha dalam membenteras agenda pemerdagangan manusia ini melalui kerjasama Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS).

    Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) telah ditubuhkan pada 10 Januari 2011 merupakan satu organisasi khas untuk menangani jenayah pemerdagangan manusia di Selangor.

    Objektif penubuhan MAPMAS ini adalah seperti berikut :-

     

    • Membantu Kerajaan    Negeri     dalam     memantau    kes-kes                        jenayah pemerdagangan manusia di Selangor;
    • Membantu mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia untuk mencari pusat perlindungan sementara;
    • Menyediakan khidmat     advokasi     kepada     mangsa-mangsa                             serta menjalankan kajian berkaitan aspek pemerdanganan sedia ada; dan
    • Menjalankan kempen-kempen       kesedaran       berkaitan                              jenayah pemerdagangan manusia di seluruh

     

    Dahulunya, MAPMAS dianggotai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor iaitu YB Puan Rodziah Binti Ismail, YB Puan Dr. Halimah Binti Ali, YB Puan Elizabeth Wong Keat Ping, YB Puan Teresa Kok Suh Sim dan YB Tuan Ronnie Liu Tian Khiew serta dibantu oleh badan bertindak MAPMAS yang dianggotai oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenalpasti oleh pihak YB Puan Rodziah Binti Ismail ketika itu.

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang meneliti semula keperluan kepada penambahbaikan pengujudan MAPMAS sedia ada. Sehubungan itu, sebarang lantikan ahli jawatankuasa MAPMAS ini akan dilakukan setelah proses penambahbaikan yang dikenalpasti itu selesai.

  2. Apakah pembentukan MAPMAS ini diwujudkan juga di peringkat PBT dan Daerah? Jelaskan.

    diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor telah dipersetujui oleh Mesyuarat Bil.3/2011 Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan yang telah diadakan pada 24 Mei 2011 yang

    Peranan dan fungsi khusus jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut :

     

    1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 2 bulan atau apabila perlu;
    2. Membantu membanteras pemerdagangan manusia di negeri Selangor menerusi pemantauan dan penguatkuasaan peraturan dan undang- undang PBT;
    3. Mengkoordinasi keperluan latihan dan bimbingan ke arah membina kemampuan dan keupayaan dalam :
      • Mengenalpasti insiden pemerdagangan
      • Mengenalpasti mangsa pemerdagangan
      • Mengendalikan kes pemerdagangan
      • Melaksanakan etika operasi dan pegawai-pegawai serta para anggota yang
      • Melaksanakan Akta dan undang-undang kecil PBT yang
    4. Merancang, memperoleh dan meluluskan peruntukan kewangan bagi setiap program dan aktiviti yang dirancang mengikut pembahagian peruntukan;
    5. Memberi perhatian kepada keperluan teknikal daripada segi pengumpulan data, pengurusan dan penjanaan semula maklumat demi membanteras jenayah pemerdagangan manusia di negeri Selangor;
    6. Membantu Majlis Antipemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) dalam mengkaji semula peraturan dan undang-undang agar diselaraskan dengan usaha menghalang pemerdagangan manusia;
    7. Menjalinkan kerjasama dengan MAPMAS dan antara kumpulan berkepentingan, seperti PDRM, Polis Marin, Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja dalam kerja-kerja operasi dan penguatkuasa;
    8. Menyediakan laporan pelaksanaan program yang lengkap kepada pihak Urusetia Induk di PBT dan MAPMAS; dan
    9. Membantu Pengerusi JKTAPM peringkat PBT untuk mencadangkan dan menyediakan program, projek dan aktiviti untuk diluluskan pelaksanaan dan peruntukan kewangannya oleh Mesyuarat Ahli Majlis
    10. Melaksanakan usaha-usaha advokasi antipemerdagangan manusia kepada masyarakat setempat

    Kerjasama  PBT adalah dikehendaki untuk menubuhkan JKTAPM.  Ini terdiri  dari pihak pengurusan PBT. Ia melibatkan yang utamanya bahagian penguatkuasaan, perlesenan, undang-undang, kewangan dan perkembangan awam. JKTAMP ini adalah diketuai oleh seorang ahli Majlis PBT.

     

    Selain bahagian pengurusan yang tersebut di atas, setiap PBT boleh melibatkan mana-mana bahagian pengurusannya agar menjayakan misi membanteras pemerdagangan manusia di kawasan-kawasan PBT.

  3. Apakah usaha yang dilakukan memandangkan Selangor dilaporkan merupakan salah satu pintu masuk kepada kegiatan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.