Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
55) MANIFESTO SISTEM RUKUN TETANGGA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status pelaksanaan manifesto tersebut?
Keselamatan adalah satu isu yang sering dibangkitkan oleh semua lapisan masyarakat. Kerajaan Negeri telah mencuba untuk menubuhkan pasukan polis bantuan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dua tahun lepas tetapi
telah di tolak oleh Kementerian Dalam Negeri dengan alasan pihak polis masih boleh lagi mengawal keadaan jenayah di negeri ini.
Dalam satu inisiatif lain, Kerajaan Negeri telah melancarkan Skim Rondaan Kejiranan (Seroja) bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni serta mewujudkan rasa tanggungjawab penduduk serta semangat gotong royong dan membanteras kegiatan vandalisme.
-
Adakah sebarang kajian dilakukan untuk maksud tersebut?
Skim Seroja ini telah dirumuskan selepas berbincang bersama persatuan penduduk. Ianya telah dimulakan di Pangsapuri Taman Puchong Permai pada 10 November lepas dan ianya adalah sebahagian dari Kempen
Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni yang telah dilancarkan pada tahun 2009. Kerajaan Negeri mensasarkan tiga lokasi awal untuk tahun ini dengan menempatkan 100 orang tugas yang dilindungi oleh skim insurans Takaful. Untuk tahun 2012, 10 tempat kritikan akan ditambah dan pemantauan akan dibuat sepenuhnya oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB).
-
Apakah kekurangan sistem Rukun Tetangga?
Skim Seroja ini bukanlah untuk menyaingi Skim Rukun Tetangga yang telah mendapat peruntukan RM39 juta di belanjawan Malaysia 2013. Ia lebih kepada memberi tambah nilai kepada rakyat Selangor.