Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
5) MANIFESTO PREMIS PERNIAGAAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah premis perniagaan yang telah dibina dari 2008 hingga 2012 dengan pecahan mengikut PBT?
Jumlah premis perniagaan yang telah dibina dari 2008 hingga 2012 mengikut pecahan PBT adalah seperti berikut :
PBT JUMLAH PREMIS PERNIAGAAN (2008 SEHINGGA 2012) MBSA 292 MBPJ 74 MPK 96 MPAJ 8 MPSJ 236 MPS tiada maklum balas daripada PBT MPKj 93 MPSp tiada maklum balas daripada PBT MDKL 138 MDHS 141 MDKS 7 MDSB 32 JUMLAH 1117 *nota – maklumat diperolehi daripada PBT
-
Nyatakan jumlah usahawan yang mendapat manfaat dari penyediaan premis berkenaan?
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, terdapat kira-kira 2500 peniaga yang menerima manfaat daripada penubuhan pusat atau premis perniagaan yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri.
-
Apakah bentuk insentif bagi mereka yang menggunakan premis tersebut?
Insentif yang diterima oleh mereka yang menggunakan premis tersebut adalah :
- Kadar sewa premis yang rendah
- Kos bagi membaik pulih kerosakan (minor) ditanggung oleh PBT
- Kos bagi kerja-kerja pembersihan dan penjagaan kemudahan awam seperti tandas, surau serta lobi premis di bawah tanggungan PBT
- Golongan OKU menerima potongan kadar sewa premis