Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
167) MANIFESTO PAKATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah kerajaan negeri Selangor memenuhi manifesto pakatan pilihanraya ketiga belas?
Kebanyakan komitmen manifesto Pakatan padu PRU 13 yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat adalah lebih bertumpu di peringkat nasional. Ia hanya boleh dilaksanakan apabila Pakatan mengambil alih Putrajaya.
Di peringkat negeri seperti ini di bawah tajuk Rakyat Bersaudara, peranan wanita telah dimertabatkan dan sebagai contoh seramai 60 wanita telah diangkat menjadi Ahli Majlis daripada 279 tempat yang disediakan.
Selain itu, semua dasar Kerajaan Negeri Selangor sejak Belanjawan 2015 sedaya upaya adalah bagi memenuhi manifesto Pakatan Rakyat dengan meliputi keseluruhan perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Perbelanjaan yang diperuntukan adalah seperti mana yang dibentangkan di dalam Belanjawan 2015 dan 2016.