Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

141) MANIFESTO KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Butirkan siapakah yang bertanggungjawap untuk setiap perkara dalam manifesto dalam Pilihanraya baru-baru ini?

    Manifesto yang dilancarkan oleh Perpaduan dalam kempen Pilihan Raya Negeri Selangor yang berlangsung pada Ogos 2023, iaitu 5 Tekad 5 Tahun, telahpun mula dilaksanakan. Secara keseluruhan, tanggungjawab penelitian dan pelaksanaan adalah melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negeri diikuti dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pelaksanaan bagi setiap program melibatkan agensi berkait termasuk seperti anakanak syarikat, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Tanah dan Galian, sektor swasta, serta komuniti secara amnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.