Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

13) MANIFESTO HADIAH MASUK UNIVERSITI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah anak Selangor yang telah menerima hadiah tersebut dari 2008 hingga 2012?

    Program Anak Masuk Universiti ini telah diperkenalkan sejak tahun 2008 di mana penuntut-penuntut yang layak mendapat tempat di IPTA dan IPTS serta pendapatan keluarga kurang dari RM1,500 ke bawah yang layak menerima hadiah anak masuk Universiti berjumlah RM1000. Pemberian ini bertujuan membantu kos kemasukan dan pembelajaran di IPTA dan IPTS serta sebagai insentif kepada pelajar di samping meringankan bebanan keluarga. Sejak pemberian ini dilaksanakan, sejumlah 31,100 orang pelajar yang telah menerima bantuan ini. Statistik penerima mengikut tahun adalah seperti jadual di bawah :-

    Tahun Bilangan Penerima
    2008 3,567
    2009 6,020
    2010 8,161
    2011 7,645
    2012 5,707
    Jumlah Keseluruhan 31,100
  2. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan?

    Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM31.1 juta sejak tahun 2008 hingga 2012 untuk pemberian anak masuk universiti kepada 31,100 orang pelajar.

  3. Berapakah jumlah sebenar anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti dari 2008 hingga 2012?

    Jumlah anak Selangor yang ditawarkan kemasukan ke universiti tidak dapat diketahui kerana data maklumat tersebut disimpan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.