Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
83) MANIFESTO GALAKAN DAN INSENTIF BERNIAGA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status perlaksanaan manifesto tersebut ?
Penggalakan terhadap golongan belia untuk berniaga telah dilaksanakan sejak 2008 lagi selepas Pilihanraya ke-12. Setiap tahun, pelbagai program telah pun dilaksanakan seperti program kursus dan seminar keusahawanan yang memberi pendedahan kepada golongan usahawan-usahawan yang berminat termasuk dari golongan belia. Selain dari itu juga, bantuan dari segi pemberian mesinmesin pemprosesan telah dilaksanakan sepanjang tahun.
Penglibatan belia dan wanita muda digiatkan lagi pada tahun 2012 dengan peruntukan Geran Selangorku bagi Usahawan Muda sebanyak RM30juta.
-
Nyatakan skim insentif dan bilangan usahawan yang telah menikmatinya?
Skim insentif berbentuk bantuan mesin pemprosesan dengan nilai tidak melebihi RM10,000.00 telah disediakan kepada usahawan yang berkelayakan. Seramai 376 usahawan telah menikmatinya sejak dari tahun 2008.
-
Berapakah peruntukkan yang telah dibelanjakan?
Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan untuk usahawan-usahawan di Negeri Selangor sebanyak RM8,100,000.00 dalam tempoh empat (4) tahun.