Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
108) MANIFESTO BIMBINGAN PERNIAGAAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah program keusahawanan dan bilangan dilatih dari 2008 hingga kini?
Jumlah program keusahawanan yang telah dilaksanakan disepanjang tempoh
2010 hingga 2012 adalah seperti berikut:-
BIL PROGRAM 2008 2009 2010 2011 2012 1. Dana Industri Kampung Rujukan berpandukan SKT anggaran perbelanjaan
tahunan telah dibuat tetapi
tiada maklumat diperolehi
90 89 99 2. Satu Kampung Satu Produk 37 7 15 3. Kursus Dan Motivasi Penerima Dana 1 6 1 4. Promosi Produk Usahawan di bawah SPPKS dan Dana Industri Kampung 15 10 3 5. Kursus Keusahawanan 15 3 9 6. Pemantauan Dana Industri Kecil 9 9 9 7. Selangor Ria/ Agrofest 1 1 1 *SPPKS = SKIM PINJAMAN PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA
Bilangan usahawan / bakal usahawan yang telah dilatih di sepanjang program di atas dilaksanakan adalah seperti berikut :-
BIL PROGRAM 2008 2009 2010 2011 2012 JUMLAH 1 Seminar Usahawan i) Peringkat Daerah 990 990 ii) Peringkat PBT 951 2570 3521 iii) Kontraktor 750 750 iv) Siswazah (UNISEL) 115 490 605 v) PKNS 112 112 vi) Belia 185 185 2 Kursus Asas Keusahawanan i) Penerima Dana IKS 144 93 90 89 99 515 ii) Pelajar (INPENS & UNISEL) 30 60 90 3 Kursus Rancangan Perniagaan (Pelajar INPENS & UNISEL) 30 80 110 4 Kursus Usahawan Siswazah (Pelajar INSPENS & UNISEL) 80 80 5 Kursus Ternakan Air Tawar (Peserta PKPS) 92 92 6 Kursus “Train of Trainers” 70 151 37 258 7 Seminar Menimba Khazanah Pengalaman Bisnes 82 82 8 Kursus Teknik Pembungkusan Berkualiti (INSKEN) / SIRIM 20 15 35 9 Program “Go Halal” 37 37 10 Program Usahawan Automatif 18 18 11 Kursus dan Latihan Teknologi Rekabentuk Pembungkusan dan
Pelabelan
46 46 12 Kursus Kepentingan Sistem Amalan Pengilang Yang Baik
(GMP) dan Kepentingan
Persijilan Halal
30 30 13 Seminar Halalan Toyyiban 150 150 Jumlah 220 1456 160 607 5263 7706 -
Apakah ukuran untuk memastikan kejayaan program bimbingan ini?
Latihan yang diberikan adalah di dalam bentuk ceramah dan kursus. Sehubungan dengan itu, kejayaan sesuatu latihan itu dinilai berpandukan jumlah penyertaan dan kehadiran.
Bagi program-program yang tidak melibatkan latihan seperti Dana Industri Kampung, Promosi Produk Usahawan, lawatan ke premis perusahaan akan dijalankan sekali setahun. Hasil daripada lawatan dan temuduga yang dijalankan semasa lawatan, majoriti penerima bantuan (dana) dan peserta berpuas hati dan mengesahkan terdapat peningkatan pendapatan sebanyak 30% – 40%. Walaubagaimanapun, rekod dalam bentuk dokumen bagi peningkatan ini tidak dapat dikemukakan oleh penerima bantuan (dana) dan peserta kerana perusahaan mereka merupakan perusahaan industri kampung (secara kampung) dan tidak mempunyai buku aliran tunai dan penyata bank.