Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

19) MANIFESTO BANTUAN MENDIRIKAN RUMAHTANGGA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan manifesto tersebut?

    Kerajaan Negeri sedang fasa akhir untuk melaksanakan Manifesto ini. Dijangka perlaksanaan program ini akan bermula pada Januari 2013. Perkara ini akan diumumkan kepada orang ramai setelah Kertas Cadangan ini diluluskan oleh MMKN

  2. Berapakah bilangan pasangan yang mendirikan rumah tangga di Selangor mengikut kaum / agama dari 2008 hingga 2012?

    Berikut adalah bilangan pasangan yang mendirikan rumahtangga di Selangor mengikut kaum / agama dari tahun 2008 – 2012
    TAHUN PERK AHWINAN
    ISLAM BUKAN ISLAM
    2008 16,021 7,529
    2009 17,299 7,601
    2010 18,068 6,741
    2011 18,751 7,324
    2012 *8311 NIL

    *sehingga Mei 2012

  3. Apakah bentuk-bentuk bantuan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan negeri sekarang ini?

    Statistik yang dinyatakan tadi diperolehi daripada Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Pendaftaran Negeri Selangor

    Antara pendekatan awal yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri adalah

    1. Program Kursus Perkahwinan yang dianjurkan oleh JAIS;
    2. Program Gerbang Perkahwinan 2011 oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Model Insan yang telah menguruskan seramai 49 pasangan pengantin; dan

    Program Perkahwinan Belia mengikut Adat Resam Melayu oleh Jawatankuasa Tetap Belia yang dijangka diadakan pada 16 Disember 2012 ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.