Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
85) MANIFESTO BANTUAN & BIASISWA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status pelaksanaan manifesto tersebut?
Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemberian bantuan pinjaman pelajaran kepada anak-anak Selangor sejak tahun 1990 sehingga kini. Pemberian pinjaman ini diberikan bertujuan membantu lebih ramai anak Selangor untuk melanjutkan pengajian diperingkat yang lebih tinggi di IPTA mahupun IPTS.
-
Berapakah jumlah anak Selangor yang telah menerima bantuan dan biasiswa dari kerajaan negeri, yayasan atau anak syarikatnya dari 2008 hingga 2012?
Bilangan pelajar yang telah menerima pinjaman pelajaran Negeri Selangor sejak tahun 2008 hingga tahun 2012 sebanyak 4,095 orang pelajar. Statistik penerima pinjaman pelajaran mengikut tahun adalah seperti jadual di bawah :
Tahun Bilangan Penerima 2008 708 2009 755 2010 1,040 2011 850 2012 742 JUMLAH KESELURUHAN
4,095 -
Berapakah jumlah kewangan yang dikeluarkan untuk membiayai bantuan dan biasiswa tersebut dari 2008 hingga 2012?
Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM45.9 juta sejak tahun 2008 hingga 2012 bagi 4,095 orang pelajar untuk anak-anak Selangor melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS.