Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
19) MANFAAT TAMBAHAN DI BAWAH SKIM TAWAS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah keahlian berdaftar 2014 & 2015?
Ahli TAWAS yang telah didaftarkan dan LULUS bagi tahun 2014 dan 2015 adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah Ahli 2014 27,322 Sehingga Jun 2015 7,422 Jumlah 34,744 -
Berapakah bilangan penyata tawas belum serah mengikut tahun daftar? Senaraikan?
Bilangan penyata TAWAS belum diserah adalah seperti berikut:
Tahun Belum Diserah 2008 585 2009 10,248 2010 12,130 2011 15,593 2012 26,845 2013 17,492 2014 21,831 2015 18,171 Jumlah 122,895 Sebanyak 67,646 penyata yang telah diserahkan kepada ahli TAWAS berdasarkan program-program yang telah dilaksanakan oleh YAWAS dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun. Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak penyata yang masih belum diserahkan kerana terdapat beberapa penangguhan yang dibuat oleh YAWAS kerana memberi laluan kepada Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) yang dilangsungkan pada November 2014 sehingga Januari 2015. Selain itu, program turut ditangguhkan sempena menyambut bulan Ramadhan dan Syawal bagi tahun 2014 dan 2015. Program penyerahan Penyata Simpanan TAWAS ini hanya dilaksanakan pada setiap hari Ahad untuk menarik ramai ibu/bapa, penjaga hadir.
-
Apakah ada manfaat tambahan selain, ahli meninggal sebelum dan selepas genap 18 tahun?
Selain daripada manfaat khairat kematian, tiada sebarang manfaat tambahan yang