Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

30) MANFAAT PERPUSTAKAAN SUK

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pengunjung dan jumlah bahan dan koleksi yang dipinjam daripada Perpustakaan SUK setiap tahun?

    Berdasarkan semakan dan penelitian oleh Pentadbiran ini mendapati perincian statistik jumlah pengunjung dan jumlah bahan dan koleksi yang dipinjam daripada Perpustakaan SUK bagi tempoh lima (5) tahun terkini adalah seperti berikut:

    Bil. Tahun Bilangan Pengunjung Jumlah Bahan/ Koleksi
    1. 2010 973 961
    2. 2011 1,676 1,117
    3. 2012 1,710 1,091
    4. 2013 931 1,234
    5. 2014 932 953
    Jumlah 6,222 5,356
  2. Apakah kriteria penentuan judul buku dan bahan rujukan yang dibeli untuk Perpustakaan SUK?

    Penentuan judul buku dan bahan rujukan yang dibeli untuk Perpustakaan SUK adalah berdasarkan kriteria seperti berikut:

    Bil. Kriteria Penjelasan
    1. Wibawa/ Authority Pengarang ·        Latar belakang pendidikan;

    ·        Pengalaman dalam bidang; dan

    ·        Hasil tulisan terdahulu (sekiranya ada).

    2. Wibawa/ Authority Penerbit

     

    ·         Dikenali dalam industri;

    ·         Reputasi yang baik;

    ·         Mempunyai editor yang ada pengalaman dan kepakaran dalam bidang tersebut; dan

    ·         Mempunyai kawalan kualiti yang baik.

    3. Kemaskini

     

    ·        Bila bahan diterbitkan (terutama bahan  berkaitan sains dan teknologi); dan

    ·        Bagi edisi baru (new edition @ revised edition), semak edisi lama dan lihat sekiranya terdapat banyak penambahan ataupun sebaliknya.

    4. Ketepatan

     

    ·         Sumber rujukan atau bibliografi yang disenaraikan pada akhir sesebuah buku dapat memberitahu tahap kualiti penulisan itu; dan

    ·         Pegawai perlu menyemak kebenaran maklumat yang terkandung di dalam sebuah buku.

    5. Skop

     

    ·        Pegawai perlu membuat perbandingan bagi menentukan bahan yang terbaik;

    ·        Bahan terbitan baru yang mempunyai tajuk atau topik yang sama tetapi dikemaskini bagi melengkapi maklumat lama adalah baik dan wajar dipilih; dan

    ·        Liputan penulisan yang luas dan mendalam, lebih khusus adalah sesuai dijadikan rujukan.

    6. Penyusunan

     

    ·        Hasil penulisan yang baik perlu disusun dengan sistematik dan mudah difahami;

    ·        Bahasa serta idea perlu jelas dan tidak mempunyai kesalahan tatabahasa dan ejaan;

    ·        Bahan yang mempunyai indeks, glosari, nota kaki dan bibliografi adalah bahan yang lengkap;

    ·        Indeks memudahkan pembaca mencari topik yang diperlukan dalam sesebuah buku;

    ·        Glosari ialah senarai istilah atau perkataan tertentu dalam sesebuah bidang atau subjek yang biasanya tidak diketahui umum. Berfungsi menjelaskan istilah atau perkataan itu dengan bahasa biasa yang dapat difahami oleh semua golongan; dan

    ·        Nota kaki dan bibliografi pula memberikan keterangan bahan yang digunakan atau dirujuk bagi menghasilkan buku tersebut. Nota kaki dan bibliografi penting dalam buku akedamik. Pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu bidang perkara, boleh menyemak dan merujuk nota kaki dan bibliografi untuk mencari rujukan yang digunakan.

    7. Format Penjilidan

     

    ·        Buku kulit keras; dan

    ·        Buku kulit lembut

    8. Ciri Istimewa

     

    ·        Buku yang mempunyai gambar dan ilustrasi warna, menarik dan berkualiti; dan

    ·        Contoh buku rujukan seperti atlas dan ensiklopedia.

    9. Kos

     

    ·        Faktor terpenting dalam pemilihan bahan perpustakaan;

    ·        Perlu dibahagi sama rata bagi memenuhi setiap keperluan dan permintaan pelanggan; dan

    ·        Bagi perpustakaan khusus, perlu memilih bahan-bahan yang diperlukan untuk tujuan penyelidikan.

    Selain itu, memandangkan status Perpustakaan SUK merupakan sebuah perpustakaan khusus jabatan, pemilihan bahan perpustakaan juga adalah berdasarkan bidang utama atau kategori subjek mengikut pengkhususan yang berkaitan seperti berikut:

    Bil. Kategori Subjek Peratus (%)
    1. Sains Politik/ Akta/ Undang-undang 15
    2. Pengurusan/ Pentadbiran/ Terbitan Kerajaan 15
    3. Kamus/ Ensiklopedia/ Biografi/ Bahasa 15
    4. Ekonomi 15
    5. Komputer/ Sains dan Teknologi 5
    6. Pelancongan/ Sejarah 5
    7. Psikologi/ Sosial/ Pendidikan 5
    8. Alam Sekitar 5
    9. Industri/ Pertanian/ Infrastruktur 5
    10. Fiksyen 5
    11. Agama 5
    12. Wanita/ Kesihatan 5

    Jumlah

    100%
  3. Siapakah yang bertanggungjawab menentukan pemilihan judul buku dan bahan rujukan baharu di Perpustakaan SUK?

    Pemilihan judul buku dan bahan rujukan baharu di Perpustakaan SUK akan ditentukan oleh:

    (i)         Y.B. Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor;

    (ii)        Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;

    (iii)       Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Selangor;

    (iv)       Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan);

    (v)        Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan; dan

    (vi)       Penolong Pustakawan.

Lampiran

Tiada Lampiran.