Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
8) MANFAAT MIKRO KREDIT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan bilangan penerima pinjaman mikro kredit bawah kerajaan negeri mengikut DUN dan berapa ramai yang telah mendapat manfaat sama ada berjaya menambah pendapatan atau mengembangkan perniagaan.
YAQ ditubuhkan untuk menyediakan pembiayaan secara mikro kepada rakyat Selangor yang dikategorikan sebagai miskin dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 atau per kapita RM350. YAQ membahagikan tugas dan tanggungjawab bagi menjangkau isi rumah miskin di seluruh negeri Selangor kepada dua program utama iaitu Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) dan Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (MiMBAR). SKIMSEL beroperasi di kawasan luar bandar seperti Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, Walau bagaimanapun di daerah yang dikategorikan sebagai kawasan bandar namun mempunyai kampung tradisi seperti di Daerah Gombak, Petaling Dan Klang juga menjadi kawasan operasi SKIMSEL. MiMBAR pula beroperasi di kawasan bandar iaitu di Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang(MPS), Majlis Perbandaran Kajang(MPKJ) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSP).
i) SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR (SKIMSEL)
SKIMSEL telah memulakan operasi pada bulan Ogos 2010. Berdasarkan maklumat sehingga 30hb September 2013, bilangan penerima manfaat pembiayaan SKIMSEL adalah seramai 8,396. Bilangan penerima mengikut daerah adalah seperti berikut :
CAWANGAN/DAERAH BIL PENERIMA SabakBernam 1,273 Hulu Selangor 1,106 CAWANGAN/DAERAH BIL PENERIMA Kuala Selangor 1,345 Hulu Langat 1,394 Kuala Langat 1,227 Sepang 945 Gombak 277 Petaling 442 Klang 387 SKIMSEL 8,396 ii) SKIM MIKRO KREDIT MISKIN BANDAR (MiMBAR)
Keseluruhan jumlah penerima manfaat melalui Program Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (MiMBAR) sehingga Oktober 2013 adalah seramai 5,731 orang. Mereka (peserta) yang menerima manfaat tersebut merangkumi tiga (3) program pilihan yang telah disediakan di bawah MiMBAR Selangor iaitu Program Mikrokredit, Bantuan Niaga dan Bantuan Kerja. Jadual di bawah adalah jumlah peserta atau penerima manfaat yang telah berjaya di bawah MiMBAR Selangor mengikut DUN.
Jadual peserta yang berjaya mendapat pembiayaan mengikut DUN dan PBT.
PBT DUN Bil Peserta Jumlah Lulus (RM) MBPJ Bukit Gasing 1 3000 Bukit Lanjan 103 194,000 Damansara Utama
3 6,500 Kampung Tunku 1 2,000 Kota Damansara 339 641,000 Paya Jaras 158 316,500 Seri Setia 79 150,000 Taman Medan 219 445,000 Jumlah MBPJ 903 1,758,000 PBT DUN Bil Peserta Jumlah Lulus (RM) MBSA Batu Tiga 290 578,500 Kota Anggerik 102 210,500 Sri Muda 197 391,000 Jumlah MBSA 589 1,180,000 MPAJ Bukit Antarabangsa 69 136,500 Chempaka 126 259,000 Hulu Kelang 142 307,200 Lembah Jaya 257 524,000 Teratai 50 104,500 Jumlah MPAJ 644 1,331,200 MPK Ijok 3 3000 Jeram 27 32,500 Kota Alam Shah 39 87,000 Meru 400 803,000 Pandamaran 33 66,000 Pelabuhan Klang
182 354,000 Selat Kelang 202 400,000 Sementa 250 489,000 Seri Andalas 221 395,500 Sijangkang 3 3,500 Sungai Pinang 94 182,000 Jumlah MPK 1,454 2,815,500 MPKJ Balakong 162 337,000 Bangi 108 196,500 Dusun Tua 56 107,500 Kajang 202 382,000 Semenyih 20 36,000 Seri Kembangan
29 54,500 Jumlah MPKJ 577 1,113,500 MPS Batu Caves 318 686,500 Gombak Setia 256 545,000 Kuang 171 372,000 Rawang 185 396,000 Taman Templer 122 249,000 Jumlah MPS 1052 2,248,500 MPSJ Kinrara 112 227,500 Seri Serdang 182 342,000 Subang Jaya 63 118,500 Jumlah MPSJ 357 688,000 PBT DUN Bil Peserta Jumlah Lulus (RM) MPSP Dengkil 107 201,500 Sungai Pelek 47 123,000 Tanjong Sepat 1 1,000 Jumlah MPSP JUMLAH KESELURUHAN
155 325,500 5,731 11,460,200 MiMBAR Selangor turut memberi kelebihan kepada peserta yang mempunyai rekod cemerlang dalam pembayaran balik pinjaman. Mereka yang telah dikategorikan sebagai cemerlang berpeluang dan diberi kelayakan untuk memohon pinjaman tambahan seterusnya. Seramai 149 orang telah berjaya memperolehi pinjaman pusingan kedua.
-
Apakah langkah seterusnya?
- Kemajuan projek sadiq sentiasa dipantau melalui kaedah disentralisasi kuasa kepada Ketua Nadi dan Ketua Kumpulan. SKIMSEL juga mengamalkan kaedah berpenyeliaan rapi dan berperingkat bagi menjamin kepatuhan disiplin kredit yang telah ditetapkan terutamanya berkaitan penggunaan modal yang sempurna dan bayaran balik setiap minggu. Lawatan ke tapak projek sadiq- sadiq di tetap dan dilaksanakan oleh Pegawai Operasi setiap 6 bulan
Berikut adalah keputusan yang didapati hasil dari lawatan pada bulan Jun 2013:
CAWANGAN STATUS PROJEK Cemerlang Berjaya Bertahan Gagal Sabak Bernam 45 534 310 88 Hulu Selangor 61 583 109 78 Kuala Selangor 15 694 107 142 Hulu Langat 67 694 188 74 Kuala Langat 91 582 226 46 Sepang 63 518 38 70 Gombak 3 68 75 61 Petaling 3 43 314 0 Klang 14 172 49 101 SKIMSEL 362 3,888 1,416 660 *Penunjuk
Status Diskripsi (Lebihan Pendapatan) Cemerlang RM 5000 ke atas Berjaya RM 1000 hingga RM 4999 Bertahan RM 0 hingga RM 999 Gagal RM Negatif Berdasarkan kepada potensi sedia ada, SKIMSEL berharap akan dapat meneruskan program pemberian bantuan pembiayaan secara kecil- kecilan secara berterusan kepada golongan sasaran. SKIMSEL mensasarkan penambahan seramai 4,000 orang lagi dengan jumlah keseluruhannya seramai 12,000 orang.
Bagi Program MiMBAR pula sehingga Oktober 2013, jumlah peminjam yang diluluskan adalah seramai 5,731 orang di bandar-bandar Selangor yang terdiri dari lapan (8) kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor. Jumlah pembiayaan yang telah diluluskan pula adalah sebanyak RM11,460,200.00 bagi semua program MiMBAR Selangor iaitu Program Mikrokredit, Program Bantuan Produk, dan Program Bantuan Kerja yang meliputi pinjaman pusingan pertama dan kedua. Pinjaman pusingan kedua diberikan kepada peserta pusingan pertama yang masih lagi memerlukan pinjaman tambahan untuk perniagaan mereka dengan rekod pembayaran pusingan pertama yang cemerlang.
Jadual bilangan peserta dan jumlah pembiayaan mengikut pusingan pembiayaan:
PUSINGAN PESERTA (ORANG) PEMBIAYAAN (RM) Pertama 5,582 10,846,200 Kedua 149 614,000 JUMLAH 5,731 11,460,200 Penyumbang kepada pencapaian ini dikategorikan mengikut kawasan seperti berikut:
BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN PESERTA (ORANG) JUMLAH PEMBIAYAAN (RM) i. Majlis Perbandaran Klang 1,454 2,815,500 BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN PESERTA (ORANG) JUMLAH PEMBIAYAAN (RM) ii. Majlis Perbandaran Selayang 1,052 2,248,500 iii. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
903 1,758,000 iv. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 644 1,331,200 v. Majlis Bandaraya Shah Alam
589 1,180,000 vi. Majlis Perbandaran Kajang 577 1,113,500 vii. Majlis Perbandaran Subang Jaya 357 688,000 viii. Majlis Perbandaran Sepang 155 325,500 Jumlah keseluruhan peserta yang telah diluluskan untuk Pakej Bantuan Niaga (kiosk) pula adalah seramai 126 orang. Daripada jumlah itu, seramai 87 peserta telah pun menerima kiosk dan memulakan perniagaan.
Jadual penerima bantuan niaga (kiosk).
Jenis Kiosk Lulus Biaya Burger 53 33 Ice Blended 61 45 Ayam Rangup 12 9 Jumlah 126 87 Manakala, jumlah keseluruhan peserta yang telah diluluskan untuk Pakej Bantuan Kerja (Pakej MiMBAR Kleaner) adalah seramai 39 orang, bersamaan dengan 13 kumpulan. Daripada jumlah itu, seramai 30 orang peserta, bersamaan dengan 10 kumpulan, telah pun menerima peralatan cucian masing-masing dan telah memulakan aktiviti.
Jadual berikut merupakan ringkasan jumlah peserta yang berjaya mengikut program pilihan:
PERMOHONAN BERJAYA
5,731 orang
PROGRAM BILANGAN PESERTA Mikrokredit 5,566 orang Kiosk 126 orang Pakej MiMBAR Kleaner 39 orang MiMBAR Selangor amat berharap dengan bantuan pinjaman berterusan ini dapat membantu sekumpulan kecil peserta yang begitu komited dan berusaha ke tahap yang lebih tinggi sebagai perantis kecil dan sederhana sehingga mereka tidak lagi memerlukan pinjaman kecil sebegini untuk menyara perbelanjaan perniagaan mereka.