Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
267) MANFAAT JOM SHOPPING
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah program ini memberikan impak positif kepada penerima?
Matlamat Utama diwujudkan program JOM Shopping ini adalah untuk memberikan manafaat semasa hidup berbentuk ‘One Off’ kepada mereka yang berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
Ia juga bertujuan untuk mengumpulkan Ahli-ahli yang berdaftar ini untuk bersama-sama dalam satu acara yang santai untuk mereka saling berkenalkenalan, berbual dan beramah mesra serta melakukan suatu aktiviti bersamasama.
Paling utama, program ini bertujuan untuk membawa warga emas ini keluar daripada kepompong sindrom ‘Empty Bird Nest’ yang mereka alami apabila sering ditinggalkan keseorangan di rumah atau di kampung sedangkan anakanak pula sibuk mencari rezeki. Dan kebanyakannya keluarga pula memilih untuk membelikan keperluan warga emas berkenaan tanpa membawa mereka bersama kerana pelbagai kekangan.
Melalui JOM Shopping, warga emas akan dibawa ke pasaraya, diberikan kebebasan berbelanja serta memilih sendiri keperluan berdasarkan cita rasa mereka. Apa yang paling menggembirakan adalah, keceriaan mereka memilih barangan untuk diberikan kepada cucu-cucu mereka dengan menggunakan jumlah wang yang dibekalkan. Keceriaan ini seolah-olah menggambarkan satu bentuk kepuasan kepada mereka.
Melihat kepada sambutan dan keceriaan setiap ahli yang dibawa berbelanja di pasaraya-pasaraya yang mengambil bahagian, kerajaan negeri amat yakin program yang diwujudkan ini telah berjaya mencapai matlamatnya.
-
Adakah ia dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup rakyat?
Walaupun tujuan asal diwujudkan program ini adalah untuk memberikan keceriaan dan menjadi tempat warga emas untuk saling berkenalan dan beramah mesra, namun dalam masa yang sama, ia sedikit sebanyak telah dapat juga membantu keluarga terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah meringankan bebanan kos sara hidup yang terpaksa mereka tanggung ketika ini.