Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

42) MANFAAT HUBUNGAN DENGAN MAHASISWA SELANGOR TIMUR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah manfaat jangka panjang daripada hubungan, program dan bantuan yang disalurkan kepada mahasiswa Selangor Timur Tengah?

    Mahasiswa dan mahasiswi kita di Timur Tengah pada ketika ini berada di empat buah negara yang di dalam kelolaan dan kawalan Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam. Negara tersebut ialah Jordan, Maghribi, Mesir, Madinah dan Mekah dan di keempat-empat locality ini yang paling besar adalah di Mesir. Justeru, pihak Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa lawatan Timur Tengah untuk membincangkan beberapa perkara khususnya yang melibatkan persoalan ummah dan keilmuan dan berkenaan dengan isu-isu semasa termasuk hal kebajikan dan juga nasib mahasiswa mahasiswi di Timur Tengah yang sudah pastinya menimbulkan hubungan hubungan dua hala di antara pihak Kerajaan Negeri dengan bakal-bakal graduan Timur Tengah yang akan pulang khususnya menjadi pendakwah-pendakwah di Malaysia dan juga Negeri Selangor.
    Selain itu, kita sudah pasti ingin membuka peluang lain kepada mahasiswa mahasiswi dan graduan Timur Tengah di antaranya menceburkan diri dalam bidang teknikal dan vokasional dan tidak ketinggalan keterlibatan mereka dalam menyemarakkan dan menyuburkan industri halal selain terlibat dengan industri, terlibat selaku imam ataupun pendakwah selepas pulang dan selepas lulus dalam pengajian mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.