Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
127) MANFAAT HARGA SAWIT YANG TINGGI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah dan bagaimanakah rakyat Selangor mendapat manfaat daripada kenaikan harga sawit dunia?
Untuk makluman Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan Negeri purata harga minyak sawit mentah (CPO) dunia bagi bulan Februari lalu adalah RM 5,930 per tan berdasarkan data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Trend semasa menunjukkan harga ini dijangka akan terus meningkat berikutan konflik Rusia-Ukraine yang menjejaskan eksport minyak bunga matahari sekaligus melonjakkan permintaan minyak sawit di seluruh dunia
Berdasarkan harga semasa berkenaan, anggaran pendapatan bagi satu ekar ladang sawit di Selangor adalah sekitar RM900 hingga RM1,200.
Anggaran ini menunjukkan bahawa rakyat Selangor yang mengusahakan ladang sawit sendiri berpotensi mendapat pulangan yang baik dan mendapat manfaat daripada kenaikan harga komoditi berkenaan.
Selain daripada itu, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sebagai agensi pertanian negeri yang mengusahakan ladang sawit seluas 5,360 hektar turut mendapat pulangan yang baik berikutan kenaikan harga sawit dunia.
Peningkatan hasil jualan sawit ini dapat menambahkan lagi sumbangan Kerajaan Selangor melalui program-program Tanggungjawab Sosial Korporat ( CSR ) kepada Rakyat Selangor. Ini termasuklah Program Intervensi Makanan, Program Jualan Prihatin Rakyat, Sumbangan Bakul Makanan, Program Sumbangan Korban Negeri Selangor, dan lain-lain Inisiatif berimpak tinggi.
JAWAPAN TAMBAHAN
– Hasil pendapatan bersih sektor perladangan sawit PKPS pada 2021 adalah sebanyak RM45.1 juta.
– Unjuran pendapatan kasar sektor perladangan sawit PKPS bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM82 juta.